Memaparkan catatan dengan label my polka dots life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my polka dots life. Papar semua catatan

Isnin, November 02, 2009

Dot for today : Semangat..semangat

Yahhh....semangat semangat Sueda. Bersemangat untuk update blog dot dot dot nie. Sekarang nie, virus FB telah menyebabkan blog kurang di pandang tapi itu tidak bermakna saye akan meninggalkan kamoo buat selama2 nye whai blog ku shayang. Minggu exam dah masuk second week, 2 paper dah lepas. So, tinggallah 3 paper lagi

Begini senarainya :

Yang dah sudah
1) Virology
2) Ergonomic and Biomechanic

Yang belom lagi :
1) Entrepeneurship
2) Toxin and hazardous waste management
3) Advance Laboratory Technique

Iyaahhh...itulah dia. Tiap2 kali exam..kaki pun gigil, perut pun berterbangan rama-rama ungu ( tak tahu kenapa bila bayangkan rama2 mesti warna ungu..huhu..weirdo).

Petang tadi , selepas kebosanan dan kesedehan dan keterasaan ingin menangis kami iaitu sueda dan housemates telah pergi ke Amcorp Mall, merewang2 dan makan malam. Kami makan kat kedai Atap-Atap, makan ala portugese gitewww....bahagia kejap bila perot penuh..lupa segala masalah japs..kejap je laaa..lepas tu ingat balik, adooii laaa.

Dan seperti biase, sebelom pulang kami singgah di kedai buku book excess kegemaran sueda itew untuk melihat2 buku2 terbaru yang telah sampai. Kali ini, buku yang di beli bertajuk THE FIG EATER by Jody Shields...harap2 best la

" He watches her eating one fig, then two more, grinding the seeds between her teeth, the sound echoing in her head, perhaps the last sound Dora heard before there was the thunder of blood in her ears"


Another one tu pulak, dibeli 2 weeks ago, I love it so much. Its a MPH production, by Lydia Teh. Its a wordy tales that can makes everyone finds English is so fun and exciting. The Eh Poh Nim Character is so alive in my heart..huahuahua. There is other books that she wrote, so I would probably heading to MPH this week to buy the others.


P/s: Elaun praktikal JPA, baru je masuk ....so bleh la beli buku manyak2..yeayyyyyy

Isnin, Oktober 05, 2009

DOT for tonite: Mari membaca nota..


wahhahaha..esok ada test..esok ada test. Saje je post something kat blog ni sbb keshian plaks tgk ia tidak dijaga rapi semenjak 2 menjak ni. Pengikut2 pun dah hilang ke mana sebab dah tak active...aduhaaiiiiii shian blog aku ni. X pe la bloggy yea, nanti sueda ada masa, sueda update la...sueda ni sebokk jea manjang....ada jea keje nak buat. Test la, assignment laa, project la, lagi2 la sem ni sueda jadi penolong kelas, asek kena bambu jeaa...hukhuk..cam nak nangis pulak...

pepepun esok test Lab Advance, naseb baek petang bukan pagi2 buta cam biasa. Satu hape pun blom baca ni..susah betol nak cari mood study. Yang ada cumalah mood tengok TV, mood maen game and mood ber FB serta mood menulis blog (yg tiba2 dtg)..hahhahahahahhaa

Sesiapa yg terbaca entry ini, hendaklah bertindak mendoakan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam test Lab Advance esok...supaya lebih disayangi oleh lecturer kesayangan saya aka idola hidup saya aka bakal supervisor saya sem depan.....

ok lahhh...thats all 4 now...ADIOS....^J^

p/s: ............................................

Jumaat, Oktober 02, 2009

DOT beraya : KUANTAN

hmmm...malam ni nak naek bas kat pekeliling , nk pergi kuantan... Buat apa??...pegi beraya laa...ahahhaha. Jumpe kawan2 lama..besa la kan. Lalallalalllalla....(^J^)

Rabu, September 30, 2009

DOT for today : being all alone....

wahhhaaa....bosannyea dok umah sorang2..adoiii. Tadi sakit kepala yang amat sangat sehingga buat keputusan x nak pegi kelas. Pukul 8 pagi, sueda hantar sms kat lecturer Mr Subra, cakap x bleh datang and say sorry. Then dia reply ; Its Ok Nurul.. Baguslah dapat lecturer yg memahami tapi kesudahannyea..aku yang bosing (bosan + boring ) tinggal sengsorang.....adoooiiii laaa..



p/s : jom siapkan assignment ...huhu ( kata sueda pada dirinya sendiri )..<3

Khamis, Ogos 13, 2009

Dot for today : Kebimbangan sueda

Dunia dan Malaysia semakin membimbangkan. Semakin hari, kes H1N1 semakin meningkat. Nak pergi ke mana2 pun dah takut ni..huhu. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan juga, takkan nak terperuk kat rumah jek. Semester ini aku sangat sibuk, sampai tak ada masa nak update blog ni. Kadang2 bukak jugak, tengok2 jek..huhu. Semester ni, kelas tak ada lah banyak sangat. ada 6 subject je. 3 yang core, 3 lagi elective. Tapi yang core tu sume macam sengal jek, dah la di ajar 1 lecturer jea. Kadang-kadang sungguh pening belajar macam ni, tapi memandangkan hanya dia seorang yang layak dan berkemampuan mengajar kami dengan baik, aku redha saja. Subject semester ni sebenarnya semuanya menarik termasuklah yang elective. Subject yang paling membimbangkan akal dan membuat aku x leh tido malam of course la Virology. Dah la dengan keadaan sekarang yang di landa virus, aku pulak ambil subjek Virology, tak ke menarik tu?..masak..masak...........

P/s: yang paling membimbangkan : semester ni sueda jadi semakin pemalas..........huuuuuuuuuuuu

Ahad, Julai 19, 2009

DOT for Nasheed : Forgive me when I whine





God Forgive Me When I Whine

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
and wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she gave a smile.

Oh, God, forgive me when I whine.
I have 2 legs, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it'd do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you.
You see," he said, "I'm blind."

Oh, God, forgive me when I whine.
I have 2 eyes, the world is mine.

Later while walking down the street,
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew, he couldn't hear.

Oh, God, forgive me when I whine.
I have 2 ears, the world is mine.

With feet to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset's glow.

With ears to hear what I'd know.

Oh, God, forgive me when I whine.

I've been blessed indeed, the world is mine.

p/s: i like this video very much, sangat menginsafkan. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur, apa yang kita tahu cumalah merungut dan bersungut, padahal apa yang kita ada sudah lebih daripada cukup.........renung2 kan dan selamat beramal...(^^)

Khamis, Julai 16, 2009

Dot for today : BUY NOTHING DAY


Hari ini 16 July , ialah hari "Buy Nothing Day". Tapi hari ni cuma disambut 4 tahun saje tau, iaitu dari tahun 2008 hinggalah tahun 2012. Agak menarik sebab, hari ni sepatutnya kita tak beli apa-apa...hahahhah..sanggupkah anda?...boleh ke?...mesti boleh punya...sehari jek..huhu. Objektif utama hari ini, bukanlah untuk menyelesaikan mana2 masalah pembelian terlampau tetapi sekadar untuk memberi kesedaran kepada pembeli. Dengan harapan , 364 hari yang seterusnya akan dilalui oleh setiap pembeli dengan membeli barang dengan lebih berhemah...ye la fikir dulu sebelum beli.

So, jom semua kita lancarkan hari tanpa pembelian..24 jam tanpa beli apa-apa..saya cabar anda semua. Lawan segala perasaan untuk berbelanja hari ni...sedarlah kadang-kadang kita membeli barang tanpa berfikir dan rupa-rupanya barang yang dibeli tidak diperlukan pun, cuma lah kehendak semata-mata. Dari itu, setiap kali sebelum membeli barang, fikirlah dan bertanya lah kepada diri sendiri..Kenapa???..kenapa anda perlu beli barang ini??.Ada banyak cara untuk berjimat sebenarnya.....(^^)


p/s: Hari ni saya masak, tak beli...hehheheh..(naasi minyak lagi)


Sabtu, Julai 11, 2009

Dot for today: Nak balik Bangi la....


Bosan betul dok kat umah sensorang ni....jom...jom kita balik Bangi la. Lalalalallalalala. Nak bawak apa yea.....

p/s: Harap2 x ramai org dalam komuter.

Khamis, Julai 09, 2009

Dot for today : LIFE IS BEAUTIFUL


People says life is beautiful...people says life is full with unexpected things...and I'm one of the people who admit it " yes its right". These 2 months I realize that I couldn't control people around me , and I have no right to do that. I even cant control my own life..weird huh??...since I use to think I can. But life is life, just go with flow and I'll be OK. Hopefully.............(~~). For the beautiful life I go through is quite unbearable now, I pray to God to give strength and patience.

p/s: people says true friends are hard to find, I hope I'm not too late to realize who is my true friends.............

Rabu, Julai 08, 2009

Dot Happy : I'M BACK


wahhhhhhhhhhhh...leganya kembali ke PJ.....(^^)

Khamis, Mei 28, 2009

DOT for today : BUBBYE SEMUA


-jelingan manja untuk semua-



Wahhahhahha....sueda dah nak gi Maliujia ni (Melaka)...bubbye sume. Tak tahu la kat sana ada internet ke tak, coz sueda tumpang umah nenek kepada sorang kawan. Sebulan sekejap jek. Doakan sueda dapat menyudahkan praktikal dengan jayanye yeppp....pantun untuk korang

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai sueda antara nampak
esok jangan rindu-rinduan


hehehhehehe ..................BUBBYE(^^)

DOT award: Kak Juko memaksa sueda mengambil award di blognyer...huhu


Regarding the title , to kak Juko..jangan mara yea..nanti kena jual..hahahahahahahahha. Anyway award ni memang cute macam kak juko bila senyum kat enche Hubby. Okei la, sueda jawab tags nyer pulak yeaa:

1.Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.
* dah...(^^) - tak susah pon..

2.Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
* namanyer jukogyu..opss Mrs Jukogyu. Tapi saya suka panggil dia Kak Juko saje.. Dia tidak berada di Mesia, dn saya dapat rasakan disgt rindukan Mesia...huhu..betul tak???

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

ada ke..Kak Juko tu nak tules pasal mak sedara dia...huhu.. Boleh ke kak????
haaa???...Cik Iva kat tak boleh?...okei la sueda tules la apa yg patut...huhu

1) sueda menulis menggunakan tangan kanan (tidak kidal seperti kak Juko)
2) saye suke warna hijau (tidak seperti kak juko yang suka warna warni)
3) suke baca buku...semua buku..(macam dah pernah tules la...)
4) kak juko suka tgk pompuan santek, tapi saya suka tengok bunga santek.....bunga-bunga matahari harum mekar di taman sari, warna jingga...ehhh ternyanyi pulaks
5) saya seowang yang penyabar , tak macam kak juko yang suka emo x tentu pasal........hahhhahaha..jangan maraa yea kak
6) saya baru tahu hari ni, rupa2nye kak Juko dan Sueda sangat berbeza..mungkin sbb dia dah berkahwin tapi sueda belum (erkkk....ada sangkut paut ker)
7) Saya pun dah tak tahu nak tules apa, tapi saya rasa sungguh pening ni, memikirkan baju yang belum di kemas tetapi masih ada masa layan tag ini...huu
8) No 8 ialah no kegemaran saya
9) Saya mengjawab tag sambil makan sarapan...sorang2 ...shedih
10) Saya rasa saya tidak mengjawab tag ni dengan sebaeknyer...so jangan tiru aksi ini..salah di sisi undang2 blogger sedunia taooo...huhu


4.Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
* owang yg chumel itu adelah….
alamak....baju tak jemur lagi...japs..sueda pikio dulu

5.Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan :
* sudi la amik award n tag nie……jangan wat xnampak .( saya tiru jek kak Juko tulis apa, saya percaya, dia pon tiru owang laen


yeaaaa...dah habes. Beshhhhhh...(^^) jemur baju...lallalalallalallala

DOT story : CERITA SADIS

Mungkin ada yang dah baca cerita ni, tapi sueda baru jek terbaca. Kelakar tapi sedih jugaks...huhu

ISTERI TERSAYANG


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 1 May 2009
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Dot p/s: Kalau sueda pon, mesti dah pengsan...huhu

DOT for this month : MY 24th BIRTHDAY


Tanggal 20 May yang lalu ialah hari laher sueda yang ke 104...ehh shilap..24 tahun. Muda ke? Tua ke?..(soalan yang masih menghantui sueda saat ini). Malah anak2 saudara sueda yang tersayang telah membuat propaganda meletakkan "HAPPY BIRTHDAY MOKSU" untuk membuatkan sueda terasa lebih tua..menyampah. Tapi cute jugaks. Huhu ....biasa diorang panggil sueda, sue jer. Teringat seorang staff kat Hospital Seberang Jaya dulu, Pak cik Osman. Dia suka panggil sueda Maksu. Maksu ke , Moksu ke , sue ke. sueda ke, Hidayah ke...yang penting itu semua orang yang sama iaitu aku yang sudah hampir berusia hampir separuh abad.

Kek yang tak kurang jelitanye ini ialah Blueberry Cheesecake, oleh kerana Dungun tak ada Secret Recipe, so cake ini dibeli di Hotel Seri Molek, UiTM Dungun Terengganu (cantik hotelnyer). Shedap giler...oppps Shedap sungguh (kakak sueda dah marah, sueda suka tambah 'giler' kat belakang ayat...sori yea kak..huhu).

Kenangan-kenangan waktu berpraktikal di Penang dulu mula menerjah minda sebab aku akan pergi berpraktikal lagi, tapi kali ni kat Melaka pulak. Sueda harap semua akan OK saja. Yang peliknya aku sikit pun tak berdebar2...huhu. Mungkin sebab dah terbiasa. Baju dah dikemas tapi tak siap2, sebab tak tahu nak bawa apa untuk sebulan. Nak bawa apa yea?...

baju kurung = 10 pasang
tudung = belum decide
blouse = 3 helai
T-shirt =4 helai
jean = 1 helai
suar hitam = 1 helai
suar track = 3 helai
towel and kain batik

hmmmmmmmmmm...apa lagi yea...aduss otak tak dpt berfikir.

Petang ni naek bas dari Pudu ke Melaka. Kawan sueda akan jemput disana...(^^)

DOT p/s: Dulu masa sekolah kat MRSM qber, sueda suka kat sorang budak Melaka. Tapi nampaknyer tak ada jodoh..huhu. So, tak dapat kawen ngan orang Melaka, praktikal kat Melaka pun jadi lah....hehhehehe (^^)

Ahad, Mei 17, 2009

DOT lagu: ABANG TUKANG BAKSO

lagu ini sungguh chumel..silalah dengar..(^^)


ABANG TUKANG BAKSO

Abang tukang bakso
Mari mari sini
Aku mau beli

Abang tukang bakso
Cepatlah kemari
sudah tak tahan lagi

Satu mangkuk saja
dua ratus perak
yang banyak baksonya

Tidak pake saos
Tidak pake sambel
Juga tidak pake kol

Bakso bulat
seperti bola pingpong
kalo lewat
membikin perut kosong

Jadi anak
jangan kau suka bohong
Kalo bohong
digigit kambing ompong
(ulangan kedua: digigit nenek gondrong)

sila klik untuk download

Khamis, Mei 14, 2009

DOT for today : SUEDA MENJADI MODEL TIFFANY & CO


huaaaaaaaaaaaaaaaaaa...akhernyer cita2 untuk menjadi seorang model berkaliber tercapai jugaksss....wajah sueda terpampang dengan besharnyer nehh...(jangan jeles)...muahahahaha.. Tiffany & Co memang dah lama nak amek sueda jadi model diorang neh..sejak sueda berusia 14 tahun lagisss...tapi sueda gtau diorang, sueda cuma bleh jadi model bila usia sueda cukup 24 tahun. So tunggu punya tunggu, seploh tahun pun berlalu, barulah sueda leh sain contract ngan diorang..Bayarannyer??? Perggghhhhhh....lu pikr la sendiri (^^)

DOT: Huaaaaaaa....dah mula merengs sebab nak balik kampung...yaeayyyy...nak balik...

Sabtu, Mei 02, 2009

DOT Suka suki : sueda menjawab soalan Rap..

Pertamanya nak mintak mahap kat Rap, sebab tersalah jawab kat komen dia....muahahhahahhaha...nasib baek bukan sueda jek yang salah jawab...huhu

okei ini soklannyer...ada 20 semuanya (dah di copy paste)

1 - nama yang dingini kalau diberi peluang untuk menukarkanya?

saya suka nama saya...x ingin tukar.
NURUL HIDAYAH ...kan chumel nama tue..huhu

2 - adakah kamu single?

yea...sy seorg yg single mingle trouble...muahahhaa

3 - kesenangan diri kamu apabila .......?

erkkk...sy tidak paham soklan ini

4 - orang kesayangan kamu?

Ayah saya..of course.

5 - siapakah kawan karibmu dan kenapa kamu senang bersamanya?

Hidayah..kami mempunyai nama yang same...chumel kan. Sbb tu sy suka nama saya...hehhe

6 - warna kegemaran kamu dan kenapa?

saya suka warna hijau, oren dan coklat.
hijau- sbb sy berharap dunia menjadi hijau selama2nya
oren-sebab ia memberi semgt kpd sy
coklat-warna bumi yang sebenar

mengikut ilmu kaunseling, warna saya memang hijau dan oren iaitu seorang yang investigatif..

impian sueda: ada rumah sendiri dan tanam pokok disekeliling rumah, of course berdaun hijau dan hanya bunga berwarna oren sahaja....(semoga tercapai)

7 - filem terakhir kamu tonton?
Coming soon......huhhh..x takut lansung

8 - hero a.k.a watak kegemaran kamu dan kenapa?
saya suka zed zaidi....watak kegemaran tak ada lerrrr...sbb dia nampak polos.

9 - heroin kegemaran kamu dan kenapa?
elly mazlein kot....huhu. Sbb dia berlakon besh..

10 - muzik kegemaran kamu dan mengapa?
saya suka oldies dan lagu2 slow...tak tahu kenapa..memang mcm tu...huhu

tambah satu lagi: saya suke sume lagu yg Tomok nyanyi...muahaha
11 - pendapat kamu tentang saya?
saya belum jumpa kamu...so susah la nak komen. Nampaknyer seorg yang baik (betul ke???)

12 - apakah sifat yang membuatkan dirimu senang?
sifat ...sifat.....sifat apa yea....memahami kot..(^^)

13 - sifat yang dibenci olehmu?
tidak setia...dan tidak dapat berjuang untuk apa mereka suka. Sungguh kasihan..

14 - angaran umur untuk kamu berkahwin?
tak pasti ler....ingat nak kahwin tahun depan..tapi x ada calon..muahahahhaahah

15 - adakah kamu pernah kecewa bercinta?
saya tidak bercinta..skandal ada la. Owh ia sungguh menyakitkan...

16 - cinta pertama pada umur?
umur 16 tahun...tingkatan 4..huhu

17 - cinta sekarang?
nil........

18 - pendapat kamu tentang wang?
wang itu penting tapi tidaklah sepenting kebahagiaan. Secara rasional , wang sangat penting jugak, kalau tidak tak perlu la saya belajar tinggi2 untuk dapat kerja yang baik. tapi saya tak akan ambil rasuah...muahahahha

19 - henphone yang kamu gunakan?
sony ericcson z550i....erk perlu ke soklan ni.
kenapa? rap nak hadiahkan sueda hp ke?
mesti Tok Bomoh bagi kan?...hahahhahahhahahahhaha

20 - jika kamu seorang artis terkenal?
saya tidak pernah membayangkan menjadi artis terkenal..tapi saya nak kawen ngan Tomok....muahahahahahahahah
Saya ingin jadi penulis terkenal bukan artis terkenal...hehhe(^^)

itulah saje ....
Untuk Rap: Adakah anda berpuash hati????

DOT happy : Huaaaaaaaaaaa...TOMOK menang...!!



Yeaaaa....Tomok menang..huhu. Tak sangka betul , sebagai seorang yang sangat anti pada Tomok sejak zaman sekolah menengah lagi, aku sekrg dah jadi peminat setia dia. Wahhhh...hampir menangis semalam sebab Tomok menang. Seronoknye. Siap buat tarian ombak lagi with Noria and Ayu (chumelnyer housemates aku)...Aku suka dia sebab kagum dengan niat suci dia untuk melakukan perubahan dalam hidup dia..memang patut dipuji. Bukan itu saja , dia bersungguh-sungguh membuktikan yang dia mampu. Syabas untuk Tomok. Tapi kan, sueda harap sangat Tomok akan tukar nama lepas ni jadi Indra ke, Shah ke...mesti lagi chumel. Macam mature sket gitu. ..huhu. Tomok besh...(^^)


P/s: wahhh..petang ni nak chatting ngan Tomok la kat Guamuzik...yeaaaaaaaaaaa.....

Jumaat, Mei 01, 2009

DOT lucky: I won a CD from red.fm..!!!!!!

wahhhh....lucky me. Hehhe.. Dah la first time dengar Red.fm..tiba-tiba menang CD pulak. Hahahhaah...memang rezeki nih. Masa dia call tu, nak ckp thank you kat DJ tu pun, aku tak tahu nama dia..hhaha Keshian. Anyway thank you very much Red.fm. First time , suara aku berkumandang kat radio..huhu( x sedap rupanya suara aku)..Lepash ni, nak jadi pendengar setia red.fm la...(^^) Yang penting CD tu ada lagu2 aku suka, Kelly clarkson, Rihanna, Jason mraz n lain2....huhu


DOT for today : Notes, Lemon tea nipis, mp3 dan pen merah.......


Notes, Lemon tea nipis, mp3 dan pen merah.......featuring my handphone yg dah buruk. Itu lah benda-benda yang sueda perlu untuk study ...hehhehe. Esok ada paper Health Promotion..huhu. Takutnyer........ Tak sabar nak habes semua nie...