Sabtu, Oktober 11, 2008

PENATNYER...

Bila penat, kita kena senyum . senyum macam dalam gambar ni. Tapi aku sengsorang kat kedai ni, kang kalau senyum habis la mamat2 kat kenny rogers kat sebelah ni cakap aku gila pulak..hahahha. Penat sangat hari ni sebab, sejak semalam aku dah siapkan 12 essay untuk assignment health psychology. Rasa macam psiko sendiri pun ada jugak. Tu lah, salah sendiri, sapa suruh buat kerja last minit...merana badan . akhirnya tengahari tadi dah siap, terus email kat lecturer, nasib baik tak payah print. aku cukup malas nak print ni. dah tu datang kedai kena mengelap pulak....lagi la tambah penat aku ni. Tapi ini bukan keluhan, tak baik mengeluh buat kerja, lagipun aku ikhlas buat kerja. semoga rezeki ini halal... ingat nak amek gambar muka penat ni tapi x nak la, x cun..(^^)

p/s: balik ni nak terus tido....

Jumaat, Oktober 10, 2008

KASUT OREN CINDERELLA




Comel x kasut Cinderella ni...huhu. Kasut ni murah jer, seploh ringgit jer. beli pun secara tak sengaja masa pergi pasar PJ old town hari tu. Kononnye nak beli sayur pastu ternampak kasut cute ni. Beli je lah, lgpun murah jer. yang penting dia tak sakitkan kaki aku...hUHU...(^^)


p/s : Hari ni pergi kelas n kerja pakai kasut ni...(^^)

Khamis, Oktober 09, 2008

REUNION SMAASZA

Walaupun dalam gambar aku dok belakang sekali, aku cukup berbangga ada kat sini, ye la dah 8 tahun kami berpisah, tak sangka akan jumpa balik. Ramai yang dah kerja, tapi ada jugak yg still belajar...huhu. naib baik ada geng. Rindu pada diorang akhirnyer terubat jugak..

Reunion ni dibuat pada hari raya ke empat so masih dalam mood raya, sume orang pakai baju raya. Kami berkumpul kat lagun Kuala Ibai, dekat belakang masjid Terapung Terengganu. Tempatnya cantik malah ada pelbagai kenangan kami kat situ.
gambar ni saje jer...hehhe...teringin jugak posing ala2 model ni...
Dari kiri, Mardiah, aku, Siti dan Da


Seronok jumpa balik setelah sekian lama..

pergi raya kat rumah cikgu kami, Cikgu Ismail Tawang (cikgu IT)...walaupun kami pggl dia cikgu IT, dia sebenarnya tak ajar IT pon. IT ti singkatan untuk nama penuh dia. Dia sebnarnya cikgu matematik...cikgu favourite sume orang.

Itupun cikgu dan isteri kat tengah-tengah. cikgu cakap dia tak ingat aku, tapi aku tak kisah. Yang paling penting bukannye dia ingat aku atau tak, tapi aku yang patut ingat dia sampai bila-bila.
Yang paling seronok jumpa kawan-kawan lama ni, ialah dengar citer diorang. Ada yang dah nak kahwin, ada yang dah bertunang, dan ada pula yang suruh aku carikan pakwe. hahaha...kelakar betul, aku pun masih single mingle ni, mcm mana nak carikan untuk orang.

Aku tiada dalam gambar ni...huhu.
Ini geng2 boys yang datang. Pergi reunion, terjumpa pula pakwe lama...hhhahahahha..

GAMBAR RAYA

kakak aku cakap gambar ni, penuh dengan kepura-puraan...hehheh


aku, kak cik dan kanak-kanak ribena


my little angels


3 beradik, Juwairiyah, Khaulah Dan Sayba


Kak cik and Husband

Ini Abdul Muizz, Tingkatan 5 dah nih...


Abang Long and us

Kak cik and our youngest niece, Kauthar

kakak-kakak tersayang

Anak-anak sedara dah besar pon...huhu


kami dah jadi kecik dok sebelah diorang


kakak kesayangan


With my dad...(^^)

Selasa, Oktober 07, 2008

RAYA DAH HABIS..

Kata orang raya tu sebulan, tapi bagi aku Hari Raya Aidilfitri cuma lah sehari. Macam2 perkara pulak berlaku lepas hari raya ni. Nak sakit hati tak boleh sebab salah sendiri, nak salahkan sesiapa lagi tak boleh...aduh. Nak dijadikan cerita, aku tertinggal jam di rumah abang kat Beranang. So pakai la jam satu lagi, yang kak june bagi hari jadi aku yang lepas. Buat balik kampung la. Alih-alih kat rumah, anak-anak sedara ku yang tersayang hilangkan pulak. So sekarang, tak ada jam lansung. Tak pasal-pasal kena beli jam baru. Sibuk-sibuk cari jam hari ahad lepas , rupa-rupanya aku terlupa barang yang lagi penting. Cuba teka apa?...tak lain tak bukan charger laptop aku.. Hahhaa..nampaknya aku kena redha je lah.Tak pe lah, esok lusa sampai la charger aku tu dari kampung, dah minta tolong kakak poskan. Hari ni penat betul, buat assignment untuk cytology belum siap. Pukul 3 tadi pegi LHDN pulah, matikan setem untuk JPA scholarship tu. Aku ingatkan LHDN tu ada la dekat2 sini rupanya kat Kelana Jaya. So, aku bantai la ambil teksi ke sana. Melayang RM 9. Mahal jugak yek..macam dekat jek. Balik aku naik bas je dan LRT je. Jimat sikit. Ye la zaman ekonomi meleset macam ni baik berjimat cermat, apatah lagi student macam aku ni. Ok lah nak balik rumah la...penatnyer....(@@)

Jumaat, September 26, 2008

HARI RAYA PUN TIBA


Akhirnya dah 26 hari kita semua berpuasa. Puasa kali ini rasa lebih tenang berbanding tahun sebelumnya. Mungkin kerana aku sudah cukup dewasa untuk mengenali dan mengetahui erti puasa yang sebenarnya. Tinggal 4 hari hari raya pun tiba. Petang ini aku balik ke Beranang dulu, rumah abang. Tunggu kakak aku balik dari sandakan. Flight dia petang esok. Nampak gayanyer petang ahad baru lah aku bertolak balik ke Terengganu. Tiket untuk balik sini, aku baru jer suruh nephew aku beli. Harap2 ada lagi. Bukannya tak nak bbeli awal, tapi sebelum ini aku cadang nak balik dengan abang aku je, tapi rupa-rupanya dia nak balik hari sabtu , hari raya keempat. Aku pula, tak boleh balik hari sabtu sebab ada reunion SMAASZA dan kebetulan pulak kawan aku Umi Nazifah kahwin hari tu. Tak sedap hati rasanya kalau tak ke majlis dia, sebab dia antara kawan yang baik ngan aku sejak Form 2 lagi. Lagipun, seronok jugak boleh pg reunion kan.


P/s: Nak beli kueh apa yer....(^^)

Khamis, September 25, 2008

KAK SYAFA's WEDDING



Ini gambar majlis bertandang kak syafa kat Kuantan hari tu. Semoga Kak Syafa dan Abang Azwan berbahagia hingga ke akhir hayat...(^^)

kami yang berkunjung, K.Tasha, Sueda dan Surie...

-REUNION QBER-

Pada 13 Ramadhan yg lalu, aku pergi majlis reunion Qber buat pertama kali. Seronok jugak tengok kawan2 lama ni. Walaupun ramai yang tak kenal aku. Aku tak kesah sangat sebab , aku ni masa sekolah dulu memang tak glamer. So, bila ada yang tanya aku ni siapa, aku just cakap nama aku dan kelas dulu. Tapi sayang2 nya kawan-kawan sekelas dan yang rapat tak ramai yang datang, jadi aku sedikit terkontang- kanting la. Tapi overallnya memang seronok. Kami berbuka puasa dekat Pizza. Sengaja pilih Maju Junction Mall tu sebb tak ramai orang. Bising dan gamatnya keadaan, tak payah nak cerita la...sampai customer lain pun macam dah menyampah dengan kami...hehhe. Asyik ambil gambar je dan bercakap sampai sakit tekak. Kelas aku Dynamic cuma ada beberapa orang, aku, Shuha, Hida, Dayah, Zul dan Akmal. Ramai antara mereka dah kerja, beberapa orang sedang buat Master, dan yang lain tu..macam aku la..still belajar...huhu. kat bawah ni gambar-gambar kenangan kami.
Ini gambar paling mahal, semua ada. Aku kat bawah sekali pakai baju pink.

yang datang cuma 40 orang je, tapi gamat..(^^)


ini konon-konon, budak-budak UiTM Shah alam..heheh

Kami , budak-budak Dynamic

seronok jumpa balik..

Hida sorang je yang dah keje


cutenyer 2 orang nih...hahah

Ishhh...apa peluk2 ni..

Tiba-tiba mata aku bersinar pulak...aduss...

Dari atas..

Acara bayar-membayar..

Menunggu waktu berbuka...

Ini meja kami..alah shuha tertutup mata plak...hehh

Gambar tak jadi..

Berangan jadi model..

Si teruna..


Si dara

kami semua..