Sabtu, Januari 26, 2008

HIDUP MEMANG BEGINI...


hidup memang begini...hidup memang begitu..frasa ini selalu digunakan untuk menenangkan hati sbnrnya. Menyatakan bahawa kita x mungkin menjalani hidup dgn semua yg kita kehendaki. begitu juga aku...(huhhhhh)...memulakan hidup baru 2008 ini, byk memutarkan memori2 silam sbnrnya. lgpun penghujung 2007 menyaksikan 'Dia' berkahwin. Hari ni hari jadinya...entahlah kenapa gatal plak jari aku nak mengwish dia. aku berharap dia x balas. tapi akhirnya dia balas jugak. cuma menyampaikan terima kasihnya of course. tapi tiba2 rasa sedih plak pagi tadi..ended up menangis dalam bilik air...huhu. mujurlah x de org perasan..lgpun x ada org kat umah hari ni, cuma ada kak ina jek. dalam sedih2 tu, tiba2 plak Radio Era pasang lagu..Si Hitam Manis....adoiii...lagilah kepala aku berdenyut. dah jodoh dia ...kenapalah aku x habes2 teringat kat dia......tolong lah stop cik sueda oiii....(aku pon pening dgn diri sendiri). Tapi betullah orang selalu kata. biasanya kita hanya akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya....memang betul. kita cuma akan mengiakannya bila kita melaluinya...macam aku sekarang.
p/s: melupakan adalah satu pilihan bukan?????....(bertanya pada diri sendiri)

Tiada ulasan: