Isnin, Mac 02, 2009

JENIS -JENIS DARAH

sel darah merah


Jenis darah juga dikenali sebagai kumpulan darah (blood group) ialah pengkelasan darah mengikut kehadiran/ketidakhadiran antigen yang diperolehi secara genetic daripada keturunan. Antigen ini berada di permukaan setiap sel darah merah. Antigen ini mungkin tediri daripada protein, karbohidrat, glycoprotein atau glycolipids bergantung kepada sistem kumpulan darah tersebut. kumpulan darah di perolehi daripada keturunan bergantung kepada darah kedua ibu-bapa kita. Mungkin ramai yang tidak tahu, ibu mengandung boleh mempunyai anak di dalam kandungan yang mempunyai darah yang berlainan dengannya. Ini memungkinkan kehadiran antibodi oleh ibu terhadap antigen anak. Dalam keadaan yang tertentu, ia boleh membahayakan nyawa anak itu.

ABO blood system adalah kumpulan darah yang terpenting. Ia terdiri daripada A, B, AB dan O.






Blood group A

jika kamu berdarah A, kamu mempunyai antigen A di permukaan Sel darah merah dan antibodi B dalam plasma.




Blood group B

Jika kamu berdarah B, kamu mempunyai antigen B diatas permukaan sel darah merah dan antibodi A didalam plasma.




Blood group AB


jika kamu berdarah AB. Kamu mempunyai kedua-dua jenis antigen A dan antigen B di atas permukaan sel darah merah. Jadi tiada antibodi A mahupun B didalam plasma




Blood group 0
Jika kamu berdarah O, kamu tidak mempunyai mana-mana antigen di atas permukaan sel darah merah. Tapi mempunyai kedua-dua antibodi A dan B didalam plasma.



Tiada ulasan: