Rabu, April 29, 2009

DOT for today : BORING + BOSAN

Boring dan bosan...tak tahu kenapa, hari ni semua orang tak pedulikan aku..Sibukkah mereka?..Dimanakah janji-janjinya?...hushhhhhh..Bosannnnnnnnnyer. Tadi aku pergi library PJ lagi...kononnya nak study. Lepas zudhur aku dah terpacak kat sana..about 5 minutes from my house. Seperti biasa, perkara pertama aku buat mestilah baca paper. Virus Swine Flu pun agak membimbangkan ni, dah sampai tahap 4 pun. Menakutkan betul setiap kali ada virus macam ni, ye lah ramainya orang yang akan terkorban, ekonomi pun boleh terjejas. Tetapi hikmah yang paling jelas lagi bersuluh, tentulah supaya orang yang masih makan haiwan tersebut, silalah berhenti..huhu..dah memang ada macam-macam kuman, virus dan parasit pun. Nampaknya tertonjollah kebenaran Islam, mengharamkan haiwan ini awal-awal lagi. Islam itu kan sempurna segala-galanya..bersyukur pada Tuhan, aku dilahirkan Islam.

Usai membaca paper, aku bantai baca Dewan Budaya , Dewan Masyarakat dan Reader's Digest. Suka hati aku jek..bukannye study. hahahahah. Yang paling besh tu, bleh pulak makan gula-gula, tapi berdebar-debar jugak, sebab minggu lepas dah kena sound ngan pak guard tu...huhu. Alah..aku bukannya makan nasi lemak, makan gula-gula je. Pakcik tu kalau nampak je aku masuk mesti jeling-jeling punya..macam ada hutang pulak..(haha..nak marah pulak, padahal aku yang salah).

seperti yang dijangkakan, aku tak study pon. Dok situ tulis sajak. Tiba-tiba idea datang la katakan. Satu dah di post ke esastera, satu lagi maybe hantar mana-mana majalah kot, tengoklah dulu macam mana. Mood aku pun bukannya ok sangat ni...hehehh


(gambar terbaru aku wif Bobby)


Penat duduk kat library, aku pun balik je lah... Tu je lah citernyer. Cerita sueda yang bosan..dot.

Dot Dot Dot si Sueda

Minnie Mouse wearing her polka dots dress...


Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku x bleh tido. ahhahahahhaha..entah la kenapa. Kenapa yepp? Dot dot apakah yang merasukku..? Cuba teka?..huhu. Oleh kerana itu, aku telah menukar semuanya menjadi polka dots yang chumel lagi bulat. Semoga suatu hari nanti, aku menjadi seperti polka dots yang chumel tapi tak bulat sangat....kalau naek 5 kilo lagi ok la kot..........huahuahuahua...adakah sesiapa mempunyai tips supaya aku bleh menjadi bulat (sedikit)....Im so skinny ler..uhhhuuu.. Keshian sueda....


Dots: Dot dot dot .......................................................................(dot)

Selasa, April 28, 2009

JUST ENJOY THE SHOW

Hidup ini bagaikan satu persembahan...dan aku sebagai makhluknya tidak pernah berasa penat melihat pelbagai keletah manusia. Walaupun ada pelbagai benda di dunia ini yang aku tak faham, aku cuba memahaminya dengan cara sendiri. Pejam celik..pejam celik bulan depan aku bakal berusia 24 tahun. Wahhhhh....hampir suku abad tu. Aku mula menghitung apakah pencapaian yang telah aku buat sepanjang usia yang lepas ini, barulah aku sedar = tak ada apa-apa yang membanggakan pun. Menakutkan....

Sekarang aku sibuk suka lagu Lenka yang bertajuk The Show. Best lagunya....

The Show

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why

Slow it down, make it stop
Or else my heart is going to pop
'Cause its to much, yeah its a lot
To be something I'm not

I'm a fool, out of love
'Cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down
I know, I've got to let it go

And just enjoy the show

The sun is hot in the sky
Just like a giant spot light
The people follow the signs
And synchronize in time

It's a joke, nobody knows
they've got a ticket to the
show.

Yeah, I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down
I know, I've got to let it go

And just enjoy the show

Just enjoy the show
I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down
I know, I've got to let it go

And just enjoy the show

Just enjoy the show

dum de dum, da dum de dum

and just enjoy the show

da dum de dum, da dum de dum

and just enjoy the show

I want my money back (3x)

Just enjoy the show

I want my money back(x3)

Just enjoy the show





p/s:hidup ini bagaikan satu persembahan.....aku mahu jadi pelakon yang baik, so that I can enjoy the show....(^^)

Jumaat, April 24, 2009

SAAT BAHAGIA DATANG SEKEJAP SAJA

Apa saja yang indah, pastinya tidak akan berkekalan. Semester yang indah ini (indah ke?) akan berakhir...baguslah..hahhahhahahaah (gelak keji). Tapi kena la lalui final exam dulu.........huuuuuu..x suka..x suka. Dah lah ada 7 subjek = banyaknyer. Nasib baik, Mandarin tak ada final semester ni...

Inilah yang aku amek sem ni:

Research Method
Health Promotion and Education
Creative Therapy
Genetic
Lab Techniques
Counseling
Lab Management
Mandarin


p/s ; Semoga semuanye berlalu dengan cepat............(huuuuuuuuuhhhh)

Isnin, April 13, 2009

ZAI DENGJIALOU...(di Terengganu)

Waaaaahhhhhh....x de perasaan sehebat berada di tanah bumi aku dilahirkan ni. Seronoknya boleh duduk bertenang di sini. Menghirup udara bersih dan melupakan segala masalah aku...huhu. Aku mahu selamanya disini..........(^^)


p/s: Tapi aku balik 2 hari jek...

Ahad, April 12, 2009

AKU MAHU PULANG

Tajuk entri ini mengingatkan aku pada sajak yang aku buat 2 bulan lalu..tajuk yang sama dengan makna yang berlainan "AKU MAHU PULANG". Dalam sajak itu, ia membicarakan kesunyian dan kesedihan kehilangan orang yang tersayang tetapi dalam entri ini , aku memang mahu pulang. Dah study week, so kena la balik minta restu ayah kan?...barulah berkat sikit ambil exam nanti. Tapi aku balik pun tak lama, banyak lagi kerja nak habiskan ni. Mungkin 2-3 hari jer. Exam akan mula 20 April, sebulan sebelum hari jadi aku..huhu. Berakhir 10 Mei. Semoga pointer semester ini ada sedikit peningkatan...InsyaAllah. Wahhhhh...baju belum kemas lagi ni, tiket pon belum beli lagi...macam mana ni. Takpe..takpe..tenang2 je...hehhe. Macam selalu...Tadi nak beli tiket maraliner secara online , tapi page under construction plak..sakit hati aku.
p/s: Macam mana kalau x ada tiket yea...takpe balik la rumah abang aku. Kan senang...hehe

Jumaat, April 10, 2009

DINNER 2009 - gemerlapan malam

gaya 60-an...huhu
Ahad minggu lepas, maka berlansung la dinner meltech untuk tahun 2009 dengan tema eastern culture. Seronok jugak tapi my roommate tak pergi pulak. Nasib baik Noya dan Didie pergi. Memang x ramai pun budak kelas aku yang pergi, semua sibuk buat assignment masa tu. Setelah dibilang, hanya 10 orang je yang pergi. Tapi Ok la, cukup satu meja.

seperti tahun lepas jugak, kami sampai lambat. huhuu..macam dah tradisi pulak. Pukul 8.30 baru sampai. VIP pun dah samapai....hahahha..teruk betul kami neh. Biasa arr...senior sem 6 la katakan....hahahhaha.



Didie with one of the performer that night. Sem 2 , kalau tak silap.

Sir Tengku, my lecturer with the Queen of the night. Nama si queen ni Nurul Hidayah, sama macam nama aku, masa dia sebut nama budak ni, aku dah separa perasan dah. satu meja gelak , bila rupa-rupanya Nurul Hidayah Mustafa yg menang, bukannye Nurul Hidayah Mohamad. Hampeh betul.




Our table....


June dengan hadiah cabutan bertuah, malangnyer aku tak bertuah malam tu.




ini Dayana tapi aku pggl dia Diane...comel kan?





MPP kebanggaan fakulti kami, adik Shana...




Inilah style jawa....hahahha..penat tau belit bunga kat kepala.




wahhhh...aku pandai maen gitar rupanyer....



dari sisi atas...



Dengan June..bakal adik ipar..hahahahh




Didie dengan background Sir Tengku menyanyi lagu "lagu kita"....




kak mimie yang cute...(^^)


kami semua.....(^^)






didie dengan Tok Aji Aiman...huhu


my housemate noya perform malam tu...cayalah. Kat belakng Alia, and guitar oleh Aiman dan Napi.










Jam sebelas malam, majlis berakhir juga. Sampai sudah , aku x dapat cabutan bertuah. Sedih rasanyer. Tak de rezeki nampaknyer. Redha je lah sueda....


Ahad, April 05, 2009

TAHNIAH PM......


Sejarah Malaysia tercipta lagi, perlantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam dilihat sebagai satu tindakan yang bijak dan wajar. Sebagai anak seorang Perdana Menteri , rakyat Malaysia menyimpan harapan penuh agar beliau meneruskan aspirasi Negara ke tahap yang lebih tinggi. Sueda berdoa semoga Allah merahmati Perdana Menteri Malaysia yang terbaru ini. Tahniah PM. Tidak lupa juga untuk Pak Lah, terima kasih diatas segala usaha yang dicurahkan untuk Malaysia. Cemerlang...Gemilang..dan Terbilang akan terus diingati selama-lamanya.

P/s: Sueda suka makan roti bakar dengan mayonnaise macam Pak Lah.

Ahad, Mac 29, 2009

NORUN's WEDDING

-ceria bersama pengantin-
Menjelang usia 24 tahun ni, semakin banyak majlis perkahwinan yang aku perlu hadiri, dah memang fitrah kan. Melihat orang bahagia semestinya membuatkan anda juga teringin berasa bahagia seperti mana mereka. Ini adalah majlis perkahwinan kawan aku Norunaluwar dan husband tercinta Hasbullah. Semoga berbahagia selama-lamanya.

Actually, Naluwar ni classmate masa Diploma dulu, tapi sekarang dia dah keje kat HUKM. Husband dia pun keje kat situ juga. Dia ni orang kampung aku, tapi sebab jadual kelas yang terlalu padat, aku x sempat nak balik hadiri majlis dia. So, majlis yang kami pergi ni ialah majlis bagi pihak lelaki kat Banting. Pertama kali pergi Banting, tak sangka sangat jauh. Kami konvoi 3 kereta je.


Apa-apa pun tahniah buat mempelai, semoga giliran aku akan menyusul suatu hari nanti....huuhuhu
p/s: aku sangat suka gambar kahwin diorang...cantik http://www.nizalmannizaruddin.blogspot.com


Sabtu, Mac 28, 2009

DAN SEBENARNYA

Dan sebenarnya.....aku asyik dengar lagu Yuna yang bertajuk "dan sebenarnya" sampai nak muntah-muntah. Lagu yang sama diulang-ulang tanpa memikirkan perasaan orang lain, aku tahu kak ina nak naik menyampah dan bosan.Kesian dia...huhu. Hari ni rasa sungguh malas, padahal aku ada banyak lagi assignment ni. Sempat juga guang-guang (jalan-jalan ) di Jalan TAR, kononnya nak beli baju untuk dinner. Mula-mula aku jumpa sehelai baju warna putih, cantik. Tapi fikir-fikir balik, kalau pakai pergi dinner tak ke nampak macam pengantin pula..huhu. So, aku batalkan je la niat suci tanpa was was tu. Jalan punya jalan, aku nampak satu kedai bertulis Lesung kalau tak silap. Kedai tu bergantungan perkataan SALE, so aku tahu inilah kedai yang sesuai untuk aku. Wahhhh...itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila tengok baju kat kedai tu, lepas tu tak payah cakap lah, aku asyik cakap wahhh saje , sampai June yang menjadi pengikut setia aku hari ni bosan (rupanya aku suka buat orang bosan , baru perasan hari ni). Setelah membuat imbasan secara lansung, aku memilih sehelai kebaya berwarna hijau. Kedai ni menjual baju-baju kebaya stail Indonesia, cantik juga tapi jarang giler la. Of course aku boleh pakai inner kan. Berbalik pada baju hijau tadi, memang cantik, sebab kerawangnya berwarna merah. Aku pun apalagi cuba lah baju tu, tanpa segan silu. lagipun kedai tu macam tak ada bilik mencuba pun. Aku pakai je la kan. Tak sangka pula, ramai yang memandang sambil berkata-kata:

Puan 1: Eh ..cantik pulak nampak adik ni pakai...
Pekedai: Ye..baju ni memang cantik...padan-padan dengan dia
Puan 1: ha'ah la
Aku (dalam hati): erl..kenapa tak cakap je aku yang cantik ...(sambil tersenyum)
pekedai: Meh sini saya tolong pakaikan
Aku (dalam hati): Wahhh..baiknyer. Ni la first time pergi kedai, ada org tolong pakaikan baju
Puan 2: Adik cuba pakai kain ni pulak
Aku (dalam hati): Erk...suka hati dia jek...ingat aku ni patung ke...ingat aku ni model ke?

model?...wahh ini lah point pentingnya yang ingin diceritakan, rupa-rupanya aku mempunyai kredibiliti untuk menjadi model....hahahhahahaha...bangganyer

P/s: tinggi 160cm jek...ada hati pulak nak jadi model..huhu

Jumaat, Mac 20, 2009

PATHOGENIC VIRUS VS COMPUTER VIRUS

hmmmm....apakah perbezaan kedua-duanya?....yang penting persamaannya adalah kedua-duanya berbahaya dan menyusahkan manusia. Aku lansung tak berniat untuk menerangkan tentang virus flu, retrovirus mahupun virus hepatitis, apalagi HIV. Sebabnya ialah aku tengah geraam , geram yang amat sgt kerana laptop aku baru jek kiok sbb sejenis virus ni. Apa nama dia ntah..comel..cute.. aku dah lupa. Sakitnye hati, laptop kena format balik, banyak juga la files yang hilang. Sabar..sabar. Nak dijadikan cerita, malam laptop tu broke down, esoknya pulak aku kena hantar proposal. huiiiihhhh..tensen. Esoknya aku siapkan juga proposal aku tu dalam masa 3 jam, tapi of course la semuanya rubbish. Nasib baik kelas research methodology tu pukul 11 pagi. Aku masuk kelas dengan muka yang blur jek, semua orang pun pelik. Pastu dalam kekalutan fikiran aku tu, tiba-tiba pulak Dr Zu suruh aku buat satu problem statement, cuba anda bayangkan apa perasaan aku pada waktu tu. Aku pun cuba juga la jawab soalan dia walaupun aku tak dapat berfikir dengan baik pun. Bila dengar jawapan aku, bengang la dia. Memang tak menjawab soalan lansung, aku sengih je la kat kawan2, malu beb. Siap Dr Zu cakap nak potong markah test aku sbb dalam test bleh jawab pula.Tapi aku tahu, dia memain jek tu. Bila semua orang hantar proposal ke depan, aku senyap je. Semua tanya " eh...ko tak hantar ke"... aku buat muka kelat je lah. Dr Zu dah keluar dari kelas, cepat2 aku kejar dia. Aku terangkan semuanya dengan muka pucat, dan suara tersekat-sekat..masa tu betul2 rasa macam bukan diri-sendiri, ye la sepanjang hidup aku tak pernah pon tak hantar assignment sepenting tu tak tepat pada masa. Aku tahu, Dr Zu kesian kat aku, dia cakap " no need to be rush, take your time but dont tell the others". wahhh...aku rasa mcm nak melompat2 masa tu, baiknya Dr Zu ni. Rasa takut aku pada dia tiba-tiba berkurang. Aku sayang dia...hahahha..
Hari ni, Manchoy dah siap format balik laptop aku. Semuanya dah settle. Tapi proposal tu belum hantar la. Journal yang aku cari bersusah payah, 3 hari 2 malam pun hilang...ye la sape suruh aku save kat desktop kan. Manchoy pulak tak nak terima apa-apa upah..rasa bersalah pula aku..huhu.. Apa-apa pun , aku kena siapkan semuanya by this monday...God give me courage please....

Khamis, Mac 12, 2009

MARI MENDERMA....



Mari menderma, tapi bukan derma duit tau. Derma darah... 2 hari lepas persatuan aku MELTECH mengajurkan kempen menderma darah di fakulti. Dah memang tugas kami buat semua ni kan. Orang-orang dari Pusat Darah Negara dijemput untuk menjalankan tugas. Aku tak terlibat pun secara lansung tapi menyokong dari belakang. Ramai jugak yang datang menderma, baik hati diorang. Ada juga yang nak menderma tapi tak dapat. Antaranya , tak cukup Hb ( hemoglobin dalam darah), tak cukup berat , baru bertindik dan macam-macam lagi. Tapi takpe lain kali boleh cuba lagi. Aku? tak derma pun, tak layak....hahhaha(^^)

Isnin, Mac 09, 2009

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH


Makam Rasulullah


Salam Maulidur Rasul 143o Hijrah buat semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga di hari kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad ini, mengingatkan kita pengorbanan-pengorbanan yang telah dilakukan Baginda dan semoga kita semua diberi syafaat olehnya diakhirat nanti. InsyaAllah. Oleh itu sama-samalah kita berselawat dan mengingati baginda. Malah, kita sebagai umat Islam seharusnya mendekatkan diri kepada Rasulullah, dengan mengetahui Sirah baginda dan menjalankan sunnah-sunnah yang telah diwariskan.


p/s: Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia , walaupun ada yang nampak pincang namun tahun ini pembaharuan yang dibuat iaitu pemberian anugerah kepada tokoh-tokoh yang berkelayakan patut diberi sokongan.

Ahad, Mac 08, 2009

SELAMAT HARI WANITA


selamat hari wanita kepada semua yang bergelar wanita di Malaysia. Tapi bukan kepada yang cuba2 nak jadi wanita yea...(^^)

Sabtu, Mac 07, 2009

PAGI YANG GELAP DISINAR TERANG



Hari ini hari yang indah, sesuai untuk membasuh kain. Pelajar macam aku ni, nak pakai mesin basuh pun tak mampu, basuh pakai tangan pun jadilah. Kak Ina dan Noria dah balik kampung. Ayu pun dah nak balik malam ni, tinggallah aku sorang-sorang nampaknya. Bukannya tak nak balik, tapi balik 3 hari jer, penat pun tak sempat habis. Baik aku stay kat sini, buat assignment. Abang-abang aku dah bising sebab semester ni belum pergi rumah diorang lagi, jadi esok mungkin pergi jenguk mereka jap. Seperti biasa aku malas nak naik komuter, tapi nak buat macam mana tak ada pilihan. Semalam, aku habiskan petang aku menonton anime Midori Days (Midori No Hibi) kat youtube. Dah lama tak tengok cerita tu, seronok dan comel betul. Cerita ni dah lama, tapi tengok berulang-ulang pun tak kisah la sebab best. Sebenarnya cerita ni mengingatkan aku dengan diri sendiri. Dalam cerita ni, Midori watak utama sangat sukakan Seiji. Mereka ni masih sekolah lagi tapi kat sekolah lain-lain. Setiap hari Midori akan menunggu Seiji di stesen tren dan berusaha untuk meluahkan perasaan pada Seiji, tapi tak berjaya kerana setiap kali berdekatan Seiji, lidah dia jadi kelu. Midori jadi sungguh depress. Seiji pula seorang gagah perkasa dan ditakuti semua orang. Dia teringin nak ada awek tapi semua awek yang di suka takut pada dia. Satu hari, Seiji bangun daripada tidur dan mendapati tangan kanannya dah berubah jadi seorang awek cute berambut hijau, tak lain tak bukan Midori. Bermula hari itu, mereka lalui banyak masa bersama. Bagi Midori ia adalah satu mimpi yang indah. Seronok kan?..memang seronok.

p/s: Tiba2 rasa nak tukar title blog ni jadi Sueda No Hibi...(^^)

Rabu, Mac 04, 2009

CINTA INI MEMBUNUHKU

Sejak akhir-akhir ini , aku sering tertanya-tanya kepada diri sendiri satu soalan yang membunuh.. " betul ke, aku nak jadi saintis?". Dan persoalan ini, mula menimbulkan banyak soalan-soalan sub. Setelah 2 hari menganalisa, akhirnya aku cuba membuat beberapa kesimpulan:

1) Perasaan ini timbul kerana aku merasa 'nature of work' yang akan aku lalui nanti terlalu suram yakni hanya berada didalam lab dan kurang bergaul.

2) Aku sebenarnya suka berinteraksi dengan orang dan memberi konsultasi

3) Aku teringin bekerja dalam bidang Health ini, tapi lebih ingin menjadi pihak yang menghalang (prevent) berbanding pihak yang menganalisa penyakit (diagnose)

4) Ini adalah kesan daripada pendedahan pekerjaan sebelum aku sambung belajar

5) AKU DAH BERUBAH.

perubahan sememangnya perkara biasa dalam hidup ini. Kita sebagai manusia sentiasa perlu bersedia untuk berubah. Namun bila perubahan itu terlalu besar, pastinya memerlukan pengorbanan yang besar juga kan? Pemikiran berubah, perlakuan berubah, citarasa berubah dan fizikal juga boleh berubah. Sangat menakutkan( secara negatif) tapi sebenarnya bagus (secara positif) kerana perubahan boleh meningkatkan diri sebenarnya. Tapi, sanggupkah aku berubah?

Hari ini juga , aku lakukan perubahan kecil. Daripada asyik menulis sajak, sekarang aku cuba pula menulis pantun. harap-harap dapat sambutan yang mengalakkan.

p/s: cinta aku pada MLT dah pudar ke?

Selasa, Mac 03, 2009

PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh
yangdemikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidaikuasaidengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu lekadengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujurdan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannyadenga cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gusmemperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semuaperkarakitaboleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Isnin, Mac 02, 2009

JENIS -JENIS DARAH

sel darah merah


Jenis darah juga dikenali sebagai kumpulan darah (blood group) ialah pengkelasan darah mengikut kehadiran/ketidakhadiran antigen yang diperolehi secara genetic daripada keturunan. Antigen ini berada di permukaan setiap sel darah merah. Antigen ini mungkin tediri daripada protein, karbohidrat, glycoprotein atau glycolipids bergantung kepada sistem kumpulan darah tersebut. kumpulan darah di perolehi daripada keturunan bergantung kepada darah kedua ibu-bapa kita. Mungkin ramai yang tidak tahu, ibu mengandung boleh mempunyai anak di dalam kandungan yang mempunyai darah yang berlainan dengannya. Ini memungkinkan kehadiran antibodi oleh ibu terhadap antigen anak. Dalam keadaan yang tertentu, ia boleh membahayakan nyawa anak itu.

ABO blood system adalah kumpulan darah yang terpenting. Ia terdiri daripada A, B, AB dan O.






Blood group A

jika kamu berdarah A, kamu mempunyai antigen A di permukaan Sel darah merah dan antibodi B dalam plasma.




Blood group B

Jika kamu berdarah B, kamu mempunyai antigen B diatas permukaan sel darah merah dan antibodi A didalam plasma.




Blood group AB


jika kamu berdarah AB. Kamu mempunyai kedua-dua jenis antigen A dan antigen B di atas permukaan sel darah merah. Jadi tiada antibodi A mahupun B didalam plasma




Blood group 0
Jika kamu berdarah O, kamu tidak mempunyai mana-mana antigen di atas permukaan sel darah merah. Tapi mempunyai kedua-dua antibodi A dan B didalam plasma.



Khamis, Februari 26, 2009

KEMARAHAN YANG REDA

Semalam, hari yang agak tidak bertuah. Aku tidak dapat menumpukan perhatian di kelas Lab Technique, dah la suka suka duduk depan. Bila lecturer tanya apa-apa, aku diam saja, cuma membiarkan orang lain jawab. Lepas tu, pergi tengok result test Lab Management, tak sangka aku adalah antara orang paling teruk, cuma dapat 14/25. Sungguh menyakitkan hati, rasa macam sejarah dah berulang. Seingat aku, sejak 7-8 tahun yang lepas result aku tak pernah seteruk ini. Jadi, tak pasal-pasal jer aku marah-marah semalam. Geramnya hati aku. Sampai jer kat rumah, kasut kesayangan aku pula tercabut talinya...memang hari yang sadis. Lepas tu aku terus je malas nak duduk umah, pukul 1 tengahari, aku pergi KL sentral. Cuaca memang panas waktu tu, menambahkan panas di hati aku. Sepanjang jalan, aku membebel je dalam hati. Sebab tu, bila marah aku lagi suka jenjalan sorang-sorang supaya aku tak membebel pada orang lain, biar aku sorang je dengar dalam hati. Sampai di KL sentral aku terus ke PTPTN stop centre , niat di hati nak bayar hutang. Alih-alih system down pula. Pening kepala memikirkan nasib ,aku pergi beli buku, lagi berfaedah. Promoter kat KL sentral asyik mengacau jer, aku buat la muka masam. Terus diorang takut..hahhaha. fikir-fikir balik, rasa bersalah pulak. Aku beli majalah Dara.com, kamus Mandarin dan Komik Detective Conan no63. Cukuplah. Tapi hati aku masih juga panas. Aku tak tahu kenapa, aku jarang marah-marah macam ni. Lepas solat Zudhur aku lepak kat Musolla baca majalah sambil muhasabah diri. Akhirnya aku mula tenang sikit dan mula boleh buat kesimpulan dari apa yang berlaku, :

1) Aku kurang persediaan untuk test tu, tapi pada masa yg sama aku tak nak mengaku. Jadi ini macam mekanisme bela diri la.
2) Aku tak dapat menerima kenyataan markah aku lagi rendah dari kawan-kawan. Sepatutnya aku menerimanya, sebab kita tak semestinya selalu berada di atas.
3) Aku kurang mengingati Pencipta , akhir-akhir ni. Asyik dengan hal dunia sahaja.

jadi aku rasa melalui kesimpulan ni aku adh dapat jalan penyelesaiannya:
1) Memerima apa saja yang berlaku sebagai qada dan qadar.
2) Berusaha lebih gigih dimasa akan datang
3) Memperbanyakkan doa, dzikir dan amalan kepada Tuhan. Semoga dia mengurniakan rezeki yang lebih, kesihatan dan keberkatan

kini, aku rasa lebih tenang.

p/s: baca conan sampai tertidur semalam.

Selasa, Februari 24, 2009

NAK BACA...TAK NAK BACA

Baru saja habis menulis sajak terbaru dan mengeposnya ke Esastera. Malam ni rasa macam tak nak buat apa-apa tapi malangnya esok kuliah bakal bermula seawal 8 pagi. Kelas ganti Lab technique pukul 8 hingga 9.30 dan kelas mandarin 10-30-12.30. Notes belum baca, mandarin pun belum hafal tapi mata hampir dah nak terkatup ni. Buku Laa Tahzan pun belum habis baca lagi. Sejak akhir-akhir susah sikit nak mencari masa untuk duduk santai-santai dan baca buku yang aku nak baca. Asyik-asyik baca notes and buat assignment. Lecturer sem ni suka sangat bagi assignment. Lebih-lebih lagi Sir Tengku, memang hobi dia agaknya. Tak pe lah nak buat macam mana dah tugas aku sebagai student kan. Ini kan jalan yang aku pilih sendiri = jadi student sekali lagi. Tadi saje je buka laman web klinik Audiologi UIAM. Sebab dah lama tak buka. Tapi sayang tak ada apa-apa update. Mungkin semua orang busy kot, ye lah dulu pun aku jarang juga update website tu, cuma bila betul-betul ada masa je. Mungkin patient dah makin bertambah sekarang, jadi tak ada orang nak yang nak handle...tapi sebenarnya kan..I miss them.

p/s: mungkin ada orang nak tahu pasal klinik ni, so layari www.audiology-iium.net