Rabu, September 19, 2007

cinta...

jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di sebaliknya. alasan yang kadang sulit untuk dimengertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, DIA telah siap untuk memberikan yang lebih baik.

Selasa, September 18, 2007

Frankie Valli - Can't Take My Eyes Off You

pergilah...

pergilah segala macam fikiran ini
pergi bertamu sejauh lari
aku tidak mahu kamu disini
merejam aku sipi-sipi

aku longlai menghadapi
kenyataan inilah yang pasti
kamu harus pergi.....
pergi jauh dari sisi hati...

kasihani aku wahai hati..
usah menyeksa batin ini
usah terkenang lagi
cerita lama yang sudah basi

aku mohon padamu
duhai hati...
tabahlah menghadapi...

SEKADAR RENUNGAN


Kiter renungkan sesama... mungkin ada hikmah disebaliknya. ... Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.

Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya
menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari
orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja
membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan:

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah
orang yang benar-benar anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai
atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.

Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Khamis, September 13, 2007

RAMADHAN datang lagi....





















marhaban ya shahra Ramadhan...pelik rasanya menulis kembali setelah sekian lama...huhu. Ramdhan dtg lagi yang pastinya mengingatkan ku pada Bunda tercinta...telah hilang dari pandangan tapi tidak pernah hilang dari jiwa. Banyak betul benda berlaku pada 2 bulan terakhir ni, mengecewakan, dikecewakan.....hidup ini mmg pelik.hari2 berlalu dan aku masihlah sueda yang dulu, banyak kegusaran yang x dapat diluahkan.....huhhhhhh..(mengeluh). Hmmmm...persetan segala masalah2..aku boleh hidup bahgia....ye hidup bahgia....