Khamis, November 20, 2008

LAWATAN KE HTAR

Sebelum cuti hari tu, kami sempat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang untuk lawatan atau nama glamournya Clinical Observation. Actually, sebagai student post-diploma, aku tak wajib pun ikut lawatan ni. Tapi oleh kerana aku dah lama tak pergi hospital , rindu pulak. Hospital mana tak la menjadi soal, sebab bagi aku, semua hospital sama saja seban kami memang diperlukan di setiap hospital. Tanpa orang seperti kami, siapalah nak buat semua test tu kan.... errrr..gambar diatas cuma hiasan , gambar dalam bas on the way ke Kelang

hahhh...ini dia HTAR, sebab nak cepat tak sedar aku tak terambil AH kat belakang tu. Silap pulak. Dan jadi nama lain.

Objektif utama, lawatan ni ialah nak mempeerkenalkan suasana dalam lab kepada semua student yang belum pernah practikal lagi. Jadi kami observe semua yang patut dan lawat semua lab. Biasanya semua hospital kat Malaysia dan negara lain juga, akan ada beberapa lab. Jabatan kami ini di panggil sebagai Jabatan Pathologi, makmal dibawahnya ialah Microbiology, Haematology, Chemical Pathology, Histology and Cytology, Parasitology, Serology and Blood Bank. Tapi, pembahagian makmal biasanya tertakluk pada hospital sendiri. Sebab ada antara lab tersebut digabungkan sahaja, contohya lab Parasitology yang kurang digunakan sekarang ni, ye la negara dah maju, tak ada la ramai sangat yang kena jangkit dgn parasit kan. Berkurang kerja kami. Gambar diatas ialah puncher yang digunakan di HTAR untuk memastikan waktu sample sampai di rekod dengan tepat. Kami sangat mementingkan waktu sample diambil, sampai di makmal dan waktu test dilakukan kerana setiap keputusan makmal boleh berubah kerana perkara sebegini (tertakluk pada jenis test ).

ini pula ialah, mesin penghantaran dan penerimaan sample menggunakan teknologi vakum. Ia lebih cepat berbanding menggunakna attendant. Tetapi biasanya jarang2 jugak digunakan sebab selalu tersekat. Untuk HTAR, aku kurang pasti mereka gunakan secara meluas atau tak.

Ini pula sample yang siap untuk di lakukan ujian.

Setiap warna dan jenis botol atau tube yang digunakan di Hospital mempunyai tugas yang berbeza untuk test yang berbeza. Ini kerana ia menggunakan anticoagulant yang berbeza (antibeku). Gambar diatas ialah contoh tube dan test masing-masing.


Ini ialah cell blok, yang diperbuat daripada tisu daripada organ atau bahagian manusia (selepas pembedahan). Organ tersebut dipotong dan di embed dalam paraffin wax. Ini adalah lab histology.

setelah keras, mesin microtome ini digunakan untuk memotong blok itu menjadi lapisan-lapisan nipis dan diletakkan diatas slide. Diwarnakan menggunakan pencelup (staining) dan boleh dilihat melalui mikroskop. Mesti orang terfikir, apa faedahnya buat semua ini. Objektif utama histology ialah untuk melihat adakah organ yang dibuang iaitu yang berpenyakit contohnya kanser, telah habis dibuang atau tidak. Juga untuk memastikan , kawasan yang dibuang adalah yang betul. Histology selalunya digabungkan dengan lab Cytology.

Ini adalah cryostat, ia mempunyai fungsi yang sama seperti microtome tetapi mempunyai suhu yang lebih rendah seperti freezer. Ia biasanya digunakan dalam kes yang memerlukan keputusan yang cepat contohnya, ketika pembedahan sedang dijalankan.

Sebenarnya, aku melawat banyak lab tapi tak ambil gambar semuanya, sebab sibuk bertanya pada staf disitu. Mesin diatas ini, mungkin biasa dilihat orang awam. Ini adalah mesin apheresis dalam Blood Bank. Biasanya orang yang suka derma darah mungkin sudah pun menggunakan mesin ini. Tugas mesin ini ialah untuk mengasingkan darah dan komponen-komponen dalam darah yang lain seperti platelet secara aseptic. Ini sangat penting kerana tidak semua pesakit memerlukan Whole Blood ataupun darah yang cukup lengkap komponennya. Ada pesakit hanya memerlukan platelet saja, contoh yang paling senang ialah kes Denggi. Mesin ini hanya mengambil komponen yang perlu dan memulangkan kembali kepada penderma, komponen yang tidak diperlukan. Jadi tidak berlaku pembaziran. Tetapi apheresis cuma boleh dilakukan di hospital sahaja. Sekiranya ada kempen derma darah, kami hanya mengambil whole blood dari penderma dan mengasingkannya di Makmal.

Dah penat melawat, kami pun balik. Lain kali mungkin aku akan ceritakan lebih banyak lagi tentang hidup kami dalam makmal ni.

CUTI BERMULA

exam dah habis...jadi cuti pun bermula. Tension headache aku pun dah beransur sembuh. huhhh (mengeluh). Sebelum paper yang last tu, aku balik jugak kampung sebab nak hantar ayah pg airport. Ye la, semua orang pergi, tak kan la aku sorang je yang tak pergi kan?..x best pulak nanti. So pergi jugak, dan balik KL hari yang sama. Pening kepala. Aku naik flight pukul 8.30 pagi dari KT, 50 minit sampai KL. Lepas tu naik bas terus ke KL central. Sampai rumah dah pukul 11.00 pagi. Nasib baik exam pukul 2. Tapi pening tu x payah nak cakap la, aku bukannyer tak tahu aku ni mabuk udara. Dulu pun macam ni jugak, cuma bezanyer masa tu tak ada exam nak ambek. Lain kali aku x nak dah buat macam ni. Sudahnyer aku jawab paper Chempath hari tu macam orang mabuk , siap bawak minyak yuyi cap limau lagi. Invigilator tu nengok pelik je kat aku..dah la duduk paling depan. Tapi lepas je habis paper, aku rasa lega betul. Akhirnya semester 5 berakhir sudah. Tinggal 3 semester lagi. 2008 pun dah nak berakhir, 2009 bakal menjelma. Aku pun dah makin tua...huhu. Belum balik kampung lagi ni, nak balik rumah pun ayah aku tak bagi. Ye la, tak ada orang kat rumah. Lagipun sekarang ni bahaya, macam-macm boleh jadi. Nampaknyer, aku akan rotate jer la semua rumah abang dan kakak aku. Seronok jugak tu, macam santa claus pulak rasanyer...hehe


p/s: Dekat airport terjumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ingat nak tegur tapi segan pula...kalau aku ni lelaki, mesti dah pergi dah.

Ahad, November 02, 2008

FINAL EXAM KINI KEMBALI



Final exam....perkataan yg memeningkan. Banyaknya buku nak dibaca. Alangkah baiknya kalau otak ku geliga. Tapi bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun result aku selama ni baik-baik aje. Tak sabar rasanya, nak tunggu 15 haribulan hari terakhir paper aku. Semester ini ada 8 subjek, tapi 7 saja yang ada exam. 30/10 hari dah selesai satu paper, jadi tinggal 6 lagi. Banyak tu...huhu.
Musim haji pun dah tiba, Alhamdulillah ayah aku dapat pergi haji tahun ni. Tapi yang sedikit syahdunya dia bertolak 15 hb walhal aku ada paper hari tu. Sakitnya hati aku. Dah la tu dia naik dari airport Terengganu. So terpaksa la aku balik awal sikit untuk jumpa dia. Hmmmm...boleh la suruh ayah doakan aku supaya dapat 4 flat....hehhe...(^^)