Khamis, November 20, 2008

CUTI BERMULA

exam dah habis...jadi cuti pun bermula. Tension headache aku pun dah beransur sembuh. huhhh (mengeluh). Sebelum paper yang last tu, aku balik jugak kampung sebab nak hantar ayah pg airport. Ye la, semua orang pergi, tak kan la aku sorang je yang tak pergi kan?..x best pulak nanti. So pergi jugak, dan balik KL hari yang sama. Pening kepala. Aku naik flight pukul 8.30 pagi dari KT, 50 minit sampai KL. Lepas tu naik bas terus ke KL central. Sampai rumah dah pukul 11.00 pagi. Nasib baik exam pukul 2. Tapi pening tu x payah nak cakap la, aku bukannyer tak tahu aku ni mabuk udara. Dulu pun macam ni jugak, cuma bezanyer masa tu tak ada exam nak ambek. Lain kali aku x nak dah buat macam ni. Sudahnyer aku jawab paper Chempath hari tu macam orang mabuk , siap bawak minyak yuyi cap limau lagi. Invigilator tu nengok pelik je kat aku..dah la duduk paling depan. Tapi lepas je habis paper, aku rasa lega betul. Akhirnya semester 5 berakhir sudah. Tinggal 3 semester lagi. 2008 pun dah nak berakhir, 2009 bakal menjelma. Aku pun dah makin tua...huhu. Belum balik kampung lagi ni, nak balik rumah pun ayah aku tak bagi. Ye la, tak ada orang kat rumah. Lagipun sekarang ni bahaya, macam-macm boleh jadi. Nampaknyer, aku akan rotate jer la semua rumah abang dan kakak aku. Seronok jugak tu, macam santa claus pulak rasanyer...hehe


p/s: Dekat airport terjumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ingat nak tegur tapi segan pula...kalau aku ni lelaki, mesti dah pergi dah.

Tiada ulasan: