Sabtu, Januari 17, 2009

KEMBALI SIHAT

Hari ini rasa lebih bertenaga. Assignment pun tambah satu lagi, Puan Zawaha pulak yang bagi. Tapi subjek Health Promotion yang diajarnya sebenarnya mampu menarik minat aku, jadi apa pun yang dibuat jika disukai, tidaklah sesusah mana. Balik dari kelas , dah pukul 12 tengahari, Dayah kawan baik aku dah sedia menunggu kat depan kampus. Pergi jalan-jalan kat Subang Parade sampai petang. Pukul 3 baru makan tengahari. Terlupa sekejap diri aku yang demam ni. Petangnya habiskan masa kat rumah Dayah je. Habis Maghrib baru aku balik ke rumah. Malam ni bosan juga,x buat apa-apa, nasib baik ada citer psiko tajuk "hantu raya" kat TV3. So bak kata Farah Fauzana , layannnn je......... (^^)

2 ulasan:

endro.s berkata...

udah baikan ya SUEDA, di sini baru banyak hujan n air melimpah.. banjir di mana-mana, masyarakat banyak yang sakit, mudah-budahan kembali sehat, bagaimana kabar di Malaysia?

sueda berkata...

malaysia sangat panas...sueda dah demam balik ni.