Selasa, Ogos 26, 2008

UIAM 23/08/08


Ini beberapa gambar yang diambil hari tu....

kolam yang aku tgk tiap2 hari dulu....bunyinya kalau pagi2 rasa damai je...

bunga ni cuma kembang waktu pagi


sayang, teratai tak berbunga..sbb aku x ada kot

ini carta staff Kulliyyah of medicine...nama aku masih ada lagi

ni la clinic yang baru...comelnyer..

cuma bleh tengok dari luar jek
sebab hari sabtu

bila kak june nak tukar yang baru ni

ini poster yg aku buat dolu2...x sangka ada lagi


tangga jam


dan ini aku , baju n tudung ni beli kat kuantan sebab nak pergi kenduri..hehee

CUTI DAH HABIS

Cuti dah habis....tak seronok. huhhh( mengeluh).. macam mana nak seronok minggu ini saja aku ada 3 test...satu dah berlalu semalam..esok satu lagi, lusa pun ada satu. Hari jumaat pulak dateline untuk Journal review report. Tak tahu nak baca yang mana satu dulu. Tapi yang paling penting hari ini adalah hari yang gembira, sebab tadi baru je cek nama dekat laman web JPA , akhirnya dapat jugak biasiswa JPA tu. Dah pening la dengan PTPTN. Hmmm..masa diploma dulu aku pinjam RM 15, 000. Dah bayar sket masa kerja hari tu tapi dah naik balik ni, ye la caj perkhidmatan bertambah setiap bulan. Tapi apa-apa pun syukur caj tu dah di turunkan kepada satu peratus, tak adalah beban sangat kan. Semester lepas pula, dah ambil RM3500, semester ni RM3500. Setelah dicampur semuanya RM 22000....wuuuuuu...masak jugak nak membayarnya. Tapi x apa lah ini lah namanya pengorbanan. Pengorbanan untuk berjaya. Ye la cuba bayangkan kalau tak ada PTPTN ni alamatnya tak merasa la aku masuk Universiti.... Hari sabtu yang lepas, aku balik kuantan. Seronok betul, dah lama tak tengok UIAM. Masih macam dulu. Cuma sekarang ni tengah buat masjid kat tepi tasik tu. Maybe nak buat Masjid terapung agaknya..hehe. Cun jugak tu... lepas tu pergi tengok Ear and Hearing Clinic...walaupun tak sempat kerja kat situ , sekurang-kurangnya, dapat tengok dari luar. Tu pun dah cukup. Dari luar nampak bantal busyuk yang aku tinggalkan tu...haha..bangga . Walaupun aku dah tak ada kat situ, aku masih boleh di kenang. malah diorang semua dah dapat pengganti aku, namanya Ika, Nampaknya aku akan dilupakan sedikit demi sedikit. ooooh..lupa pulak nak cerita sebab utama aku balik kuantan...sebenarnya sebab nak pergi majlis kenduri sambut menantu kak syafa. cantik betul kak syafa hari tu, nanti nak upload kat sini lah. Hmmm kat majlis tu jumpa kak Rad dan Dr Ailin...rindu betul kat mereka...Kak june plak balik awal sangat tapi aku dah pergi rumah dia pagi tu...huhu.


p/s: Pergi kuantan nak tgk kunang2...alih-alih tak jadi jugak..(cedihnyer)

Jumaat, Ogos 15, 2008

HARI NI BALIK KAMPUNG

yeaaaa...balik kampung. Saat yang ditunggu2. huhhh..tapi balik kali x ceria sgt sbb banyak test bakal menyusul minggu seterusnya. bengang betul...aduss. ada 2 test n 10 assignment yg belum disiapkan ...mcm x percaya jek...perghhh bleh biol otak aku. Test mggu depan Health Info n Self profesional dev...nasib baik buat balik soft copy jek...klu nak buat balik notes...bleh pengsan..byk oooo.. terima kasih kepada kemajuan..huhu. Oooo...hari ni quite indah jugak...sbb akhirnya aku bleh berckp ngan lecturer tu. tapi yg tak bestnyer sblm tu, tiba2 system LCD tu rosak, yg x bestnyer ada ke dia pg panggil awek dia....arghhhh tensen2. Memang la sbb awek dia tu keje bahagian IT kat kampus kitorg..... tapi diorang mmg padan la...kakak tu cantik...( mengeluh)



P/s: oooo...oooo...balik kampung...hati girang.

Khamis, Ogos 14, 2008

HONEY's Wedding ( 09/08/08)









AkU..aku dan aku....











CuTi Tiba lagi

aduhhh...sem ni cepat betul bergerak..lusa dah start midsem break. Anyway best jugak, at least bleh balik umah...jumpa family before puasa ni. Syaaban dah nak sampai setengah..ada lebih kurang 18 hari lagi sblm birthday ku (mengikut bulan islam la)...sbb aku lahir pada petang sebelum ramadhan 23 tahun lalu. Dulu masa mak still ada, aku smbt birthday ikut bulan islam...nanti arwah mak akan buat nasi kunyit (pulut kuning) dan lauk gulai ayam /ikan lepas tu bawak pg masjid. Rindu betul kat dia...tapi nak buat mcm mana dia dah x ada. Aku redha. Bulan puasa ni jugak , genaplah 3 tahun pemergiannya...tapi rasanya macam baru semalam je. Hari ahad bersempena Nisfu syaaban, my family buatkan kenduri arwah untuk dia. Tak tahu la kakak nak masak apa, belm tanya lagi. x pe, sempat la tu, hari sabtu ni aku balik la... balik cuti semggu ni, kesian plak kat bos aku, x de pekerja mggu ni n mggu depan..lgpun aku pun dah mula suka keje kat situ. En zahir tu baik. skrg aku cuma kerja hari jumaat, sabtu n ahad jer. Bukanlah satu msalah pun, tapi klu semua ni boleh kacau aku nyer study, aku x teragak2 untuk berhenti. Hmmm...mggu lepas break aku ada 2 test, so nampaknyer kena bwk balik buku la ni...penat2. aku x kesah sgt nak bwk buku balik kg sbb naik kereta abg tapi nak bawak naik komuter tu yang malas. Umah abang kat bangi, so kena naik komuter ke seremban...tahu2 je la sesaknya....adusss... apa2 pun esok kena redah jugak...

P/s; cepat la esok....(^^)