Cuti dah habis....tak seronok. huhhh( mengeluh).. macam mana nak seronok minggu ini saja aku ada 3 test...satu dah berlalu semalam..esok satu lagi, lusa pun ada satu. Hari jumaat pulak dateline untuk Journal review report. Tak tahu nak baca yang mana satu dulu. Tapi yang paling penting hari ini adalah hari yang gembira, sebab tadi baru je cek nama dekat laman web JPA , akhirnya dapat jugak biasiswa JPA tu. Dah pening la dengan PTPTN. Hmmm..masa diploma dulu aku pinjam RM 15, 000. Dah bayar sket masa kerja hari tu tapi dah naik balik ni, ye la caj perkhidmatan bertambah setiap bulan. Tapi apa-apa pun syukur caj tu dah di turunkan kepada satu peratus, tak adalah beban sangat kan. Semester lepas pula, dah ambil RM3500, semester ni RM3500. Setelah dicampur semuanya RM 22000....wuuuuuu...masak jugak nak membayarnya. Tapi x apa lah ini lah namanya pengorbanan. Pengorbanan untuk berjaya. Ye la cuba bayangkan kalau tak ada PTPTN ni alamatnya tak merasa la aku masuk Universiti.... Hari sabtu yang lepas, aku balik kuantan. Seronok betul, dah lama tak tengok UIAM. Masih macam dulu. Cuma sekarang ni tengah buat masjid kat tepi tasik tu. Maybe nak buat Masjid terapung agaknya..hehe. Cun jugak tu... lepas tu pergi tengok Ear and Hearing Clinic...walaupun tak sempat kerja kat situ , sekurang-kurangnya, dapat tengok dari luar. Tu pun dah cukup. Dari luar nampak bantal busyuk yang aku tinggalkan tu...haha..bangga . Walaupun aku dah tak ada kat situ, aku masih boleh di kenang. malah diorang semua dah dapat pengganti aku, namanya Ika, Nampaknya aku akan dilupakan sedikit demi sedikit. ooooh..lupa pulak nak cerita sebab utama aku balik kuantan...sebenarnya sebab nak pergi majlis kenduri sambut menantu kak syafa. cantik betul kak syafa hari tu, nanti nak upload kat sini lah. Hmmm kat majlis tu jumpa kak Rad dan Dr Ailin...rindu betul kat mereka...Kak june plak balik awal sangat tapi aku dah pergi rumah dia pagi tu...huhu.
p/s: Pergi kuantan nak tgk kunang2...alih-alih tak jadi jugak..(cedihnyer)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan