Khamis, Februari 26, 2009

KEMARAHAN YANG REDA

Semalam, hari yang agak tidak bertuah. Aku tidak dapat menumpukan perhatian di kelas Lab Technique, dah la suka suka duduk depan. Bila lecturer tanya apa-apa, aku diam saja, cuma membiarkan orang lain jawab. Lepas tu, pergi tengok result test Lab Management, tak sangka aku adalah antara orang paling teruk, cuma dapat 14/25. Sungguh menyakitkan hati, rasa macam sejarah dah berulang. Seingat aku, sejak 7-8 tahun yang lepas result aku tak pernah seteruk ini. Jadi, tak pasal-pasal jer aku marah-marah semalam. Geramnya hati aku. Sampai jer kat rumah, kasut kesayangan aku pula tercabut talinya...memang hari yang sadis. Lepas tu aku terus je malas nak duduk umah, pukul 1 tengahari, aku pergi KL sentral. Cuaca memang panas waktu tu, menambahkan panas di hati aku. Sepanjang jalan, aku membebel je dalam hati. Sebab tu, bila marah aku lagi suka jenjalan sorang-sorang supaya aku tak membebel pada orang lain, biar aku sorang je dengar dalam hati. Sampai di KL sentral aku terus ke PTPTN stop centre , niat di hati nak bayar hutang. Alih-alih system down pula. Pening kepala memikirkan nasib ,aku pergi beli buku, lagi berfaedah. Promoter kat KL sentral asyik mengacau jer, aku buat la muka masam. Terus diorang takut..hahhaha. fikir-fikir balik, rasa bersalah pulak. Aku beli majalah Dara.com, kamus Mandarin dan Komik Detective Conan no63. Cukuplah. Tapi hati aku masih juga panas. Aku tak tahu kenapa, aku jarang marah-marah macam ni. Lepas solat Zudhur aku lepak kat Musolla baca majalah sambil muhasabah diri. Akhirnya aku mula tenang sikit dan mula boleh buat kesimpulan dari apa yang berlaku, :

1) Aku kurang persediaan untuk test tu, tapi pada masa yg sama aku tak nak mengaku. Jadi ini macam mekanisme bela diri la.
2) Aku tak dapat menerima kenyataan markah aku lagi rendah dari kawan-kawan. Sepatutnya aku menerimanya, sebab kita tak semestinya selalu berada di atas.
3) Aku kurang mengingati Pencipta , akhir-akhir ni. Asyik dengan hal dunia sahaja.

jadi aku rasa melalui kesimpulan ni aku adh dapat jalan penyelesaiannya:
1) Memerima apa saja yang berlaku sebagai qada dan qadar.
2) Berusaha lebih gigih dimasa akan datang
3) Memperbanyakkan doa, dzikir dan amalan kepada Tuhan. Semoga dia mengurniakan rezeki yang lebih, kesihatan dan keberkatan

kini, aku rasa lebih tenang.

p/s: baca conan sampai tertidur semalam.

Selasa, Februari 24, 2009

NAK BACA...TAK NAK BACA

Baru saja habis menulis sajak terbaru dan mengeposnya ke Esastera. Malam ni rasa macam tak nak buat apa-apa tapi malangnya esok kuliah bakal bermula seawal 8 pagi. Kelas ganti Lab technique pukul 8 hingga 9.30 dan kelas mandarin 10-30-12.30. Notes belum baca, mandarin pun belum hafal tapi mata hampir dah nak terkatup ni. Buku Laa Tahzan pun belum habis baca lagi. Sejak akhir-akhir susah sikit nak mencari masa untuk duduk santai-santai dan baca buku yang aku nak baca. Asyik-asyik baca notes and buat assignment. Lecturer sem ni suka sangat bagi assignment. Lebih-lebih lagi Sir Tengku, memang hobi dia agaknya. Tak pe lah nak buat macam mana dah tugas aku sebagai student kan. Ini kan jalan yang aku pilih sendiri = jadi student sekali lagi. Tadi saje je buka laman web klinik Audiologi UIAM. Sebab dah lama tak buka. Tapi sayang tak ada apa-apa update. Mungkin semua orang busy kot, ye lah dulu pun aku jarang juga update website tu, cuma bila betul-betul ada masa je. Mungkin patient dah makin bertambah sekarang, jadi tak ada orang nak yang nak handle...tapi sebenarnya kan..I miss them.

p/s: mungkin ada orang nak tahu pasal klinik ni, so layari www.audiology-iium.net

BERKELAH DI JANDA BAIK , PAHANG

Beberapa minggu yang lepas, kami satu kelas pergi berkelah di Janda Baik. Pada awalnya kami merancang percutian 2 hari 1 malam di Port Dickson tapi malangnya bilik kat Eagle Ranch semua penuh. Jadi last minute, kami pun tukar pergi Janda baik. 9 buah kereta , dan seramai 27 org peserta. Sayangnya hanya separuh kelas yang pergi tambah dengan beberapa kawan-kawan lain. Tempatnya boleh tahan walaupun tak sedalam yang mereka harapkan, tapi airnya tetap sejuk hingga ke tulang sumsum. Ini adalah 1/10 daripada koleksi gambar yang diambil hari itu.




ni kat fakulti sebelum gerak..


airnya yang sejuk...eeee...gigil





kanak-kanak perempuan

kanak-kanak lelaki...ehhh mana arip..




jun dan didie

ain dan aini


aiman dan kak lela

ayam yang sedap

ayam yang tak sedap..sebab belum masak


menjamu selera

nyanyi...nyanyi,.....

aku dah sejuk....x nak turun lg...

kak zura yang terlalu kering...

kami insan bahagia...

kak eton n sinchan

aiskrim yang..................


ema n kak ina

nak ke...amek la...

hidangan diet untuk hari ini

berseleranya tetamu kita ni...

our class monitor...makan mi

peace no war...


jangan tiru aksi ini...anda dilarang main daun terup dijanda baik.. marah janda tu kang..hehe

cuba teka apa tu? kata tukang masak kami

kenapa ni?

aksi yang tak ingin anda lihat...

wahhh,....sempat basuh kain..


cr

discussion in the river..a new style of learning

dah nak balik





bubbye Janda Baik....(^^)

Ahad, Februari 15, 2009

MINGGU INI

Minggu ini agak bosan. Aku tak mampu menghabiskan apa sahaja yang aku baca pada minggu ni. Malah tak dapat berfikir dengan betul. Tapi syukurlah, akhirnya puppet untuk subjek Creative Therapy esok, sudah aku siapkan. Tinggal nak baca notes untuk test esok sahaja. Petang ni, terkocoh-kocoh aku ke library kononnya nak cari buku Creative Therapy tapi satu pun aku tak jumpa. Alih2 aku pinjam buku Metodologi Penyelidikan. Mungkin ada gunanya sebab satu lagi test bakal menyusul hari selasa ini. Bukan sebarang test sebab subjek ini Research Methodology diajar oleh Dr Zuridah, satu-satunya lecturer yang buat darah aku gemuruh setiap kali lecture. Mungkin ini adalah keistimewaan dia, ataupun lebih tepat kelemahan aku. Aku memang tak boleh berdepan dengan orang yang garang. Sangat takut. tapi dari sudut lain, Dr Zuridah ini tak garang pun, baik ada la. Cuma aku tak biasa lagi agaknya. Setiap kali tiba waktu aku jawab soalan, mesti lidah aku kelu dan tak boleh nak cakap apa-apa. Keadaan yang sungguh teruk. kadang-kadang rasa nak pengsan pun ada jugak. Nak marah pun ada juga sebab jawapannya aku tahu tapi tak boleh nak diluahkan bila tengok muka Dr Zu. Apa nak jadi dengan aku ni. Aku harap soalan test dia tak susah sangat.
Tengahari tadi, tepat pukul 1..aku dapat sms dari Kak Rad, senior MLT waktu kerja kat UIA dulu. Dia cakap ada citer hot kat UIA Kuantan sekarang. Tapi yang tak bestnya dia tak nak cerita pulak. Dia cakap lagi, kalau aku nak tahu aku kena turun kuantan. Aku pun tak tahu la bila nak pergi, tapi sememangnya dah ada dalam perancangan, sebab aku rindu betul kat kuantan. Alang-alang pergi, boleh ala kau tahu sekali cerita hot tu kan. Bulan Mac ni mungkin sesuai. Tengok keadaan la. Dan yang paling penting niat lama aku untuk menyusur di sungai Pahang sambil tengok kunang-kunang akan tercapai juga akhirnya....ooopss...sibuk-sibuk menulis ni aku terlupa, aku belum siram pokok bunga lagi hari ni...huhhu..bye...

Khamis, Februari 12, 2009

MASIH SAKIT..

aku betul-betul tak faham. Mungkin aku ada banyak dosa kebelakangan ni...sebab tu la asyik sakit saja. Kalau berterusan macam ni...aku patut pergi jumpa Dr aje. Ye la mana tahu..tiba2 sakit2 yang simple macam ni simptom2 kepada sakit yang lebih kronik. Siapa tahu kan??... Kepala aku betul2 pusing ni... nasib baik la sekarang aku sedang membaca La Tahzan (Jangan bersedih) tulisan Dr Aidh Al-Qarni...sekurang-kurangnya aku tak bersedih dalam keadaan sebegini....