Khamis, Februari 26, 2009

KEMARAHAN YANG REDA

Semalam, hari yang agak tidak bertuah. Aku tidak dapat menumpukan perhatian di kelas Lab Technique, dah la suka suka duduk depan. Bila lecturer tanya apa-apa, aku diam saja, cuma membiarkan orang lain jawab. Lepas tu, pergi tengok result test Lab Management, tak sangka aku adalah antara orang paling teruk, cuma dapat 14/25. Sungguh menyakitkan hati, rasa macam sejarah dah berulang. Seingat aku, sejak 7-8 tahun yang lepas result aku tak pernah seteruk ini. Jadi, tak pasal-pasal jer aku marah-marah semalam. Geramnya hati aku. Sampai jer kat rumah, kasut kesayangan aku pula tercabut talinya...memang hari yang sadis. Lepas tu aku terus je malas nak duduk umah, pukul 1 tengahari, aku pergi KL sentral. Cuaca memang panas waktu tu, menambahkan panas di hati aku. Sepanjang jalan, aku membebel je dalam hati. Sebab tu, bila marah aku lagi suka jenjalan sorang-sorang supaya aku tak membebel pada orang lain, biar aku sorang je dengar dalam hati. Sampai di KL sentral aku terus ke PTPTN stop centre , niat di hati nak bayar hutang. Alih-alih system down pula. Pening kepala memikirkan nasib ,aku pergi beli buku, lagi berfaedah. Promoter kat KL sentral asyik mengacau jer, aku buat la muka masam. Terus diorang takut..hahhaha. fikir-fikir balik, rasa bersalah pulak. Aku beli majalah Dara.com, kamus Mandarin dan Komik Detective Conan no63. Cukuplah. Tapi hati aku masih juga panas. Aku tak tahu kenapa, aku jarang marah-marah macam ni. Lepas solat Zudhur aku lepak kat Musolla baca majalah sambil muhasabah diri. Akhirnya aku mula tenang sikit dan mula boleh buat kesimpulan dari apa yang berlaku, :

1) Aku kurang persediaan untuk test tu, tapi pada masa yg sama aku tak nak mengaku. Jadi ini macam mekanisme bela diri la.
2) Aku tak dapat menerima kenyataan markah aku lagi rendah dari kawan-kawan. Sepatutnya aku menerimanya, sebab kita tak semestinya selalu berada di atas.
3) Aku kurang mengingati Pencipta , akhir-akhir ni. Asyik dengan hal dunia sahaja.

jadi aku rasa melalui kesimpulan ni aku adh dapat jalan penyelesaiannya:
1) Memerima apa saja yang berlaku sebagai qada dan qadar.
2) Berusaha lebih gigih dimasa akan datang
3) Memperbanyakkan doa, dzikir dan amalan kepada Tuhan. Semoga dia mengurniakan rezeki yang lebih, kesihatan dan keberkatan

kini, aku rasa lebih tenang.

p/s: baca conan sampai tertidur semalam.

5 ulasan:

Eazy Izzuddin berkata...

halo2...
thank coment2...
hihi...
jom tuka2 link yuk?
=)

endro.s berkata...

kemarahan bukan sebuah penyelesaian tapi akibat hati yang kurang ihklas menerima keadaan. Jadi ihklas kan diri dinda menerima keadaan jika memang mahu mengakui kekurangan (marah itu manusiawi) tapi jangan berkepanjangan.
salam sukses
http://kliksumberuang.blogspot.com/

sueda berkata...

eazy...

jom 3X

endro

dah tak marah dah...semuanya dah okei..time kasih.

AwgKu Pangeran berkata...

Salam Sue;

Aku dulu pon pernah mengalami situasi macam ni, sampaikan aku dah hilang semangat nak study subjek tu.. kalau dulu2 lagi susah nak ilangkan tension dan melontarkan kemarahan, x de tempat yang aku nak kunjungi untuk aku mengasingkan diri seketika untuk mengadili diri, huhu..

Tapi yang penting kegagalan dan kesusahan tu perlu dilalui oleh semua insan, dapat mengingati akan diri kita agar sentiasa bersedia apa jua halangan dan kepayahan di masa kelak.. ianya juga dapat menjadi pengajaran dan pedoman dalam meneruskan kehidupan di masa depan..

sueda berkata...

terima kasih atas nasihat membina anda abg Awang...betul tu kegagalan dan kesusahan memang perlu dilalui semua orang...kita tak perlu takutkan?..kena bersedia sentiasa...(^^)