Rabu, Oktober 31, 2007

PENING...



hari ni terasa sedikit pening...cari volunteer untuk buat test hearing, tapi yang dapatnyer cuma lelaki, sedangkan nak ramai perempuan. Kawan2 semua sibuk, x bleh nak tolong. Ye lah , semua orang tengah siapkan assg, x nak la kacau diorang. Pening ni bersangkut paut jugak dengan sorang kawan aku , yg x abeh2 mengingatkan aku bahawa 'dia' akan kahwin bulan Dis ni. aku malas nak ingat, tapi bila dah diingattkan macam tu, nak x nak...fikiran aku mulalah teringat kat dia. Sampai bila..entahlah sampai bila. susah betul nak lupakan 'dia' ni....sakit kepala I......adusss...


P/s: aku rasa mcm nak cubit2 pipi kwn aku tu, tapi nasib baiklah dia kat shah alam..lgpun dia lelaki mana boleh cubit..hehhhh..(^^)

Selasa, Oktober 30, 2007

telinga..oh telinga...


hari ini bukanlah hari yang sibuk...tapi sememangnya bukanlah hari kerja yang boring. data untuk research masih x cukup...huhhh..layak ke aku mengomen ..masih awal rasanya. lagipun baru seminggu poster berwarna ungu tu aku tampal...atau sememang2nye warga2 UIA ni agak takut untuk mengsedekahkan telinga...adussss. Tak boleh jugak salahkan mereka, ye lah semua org sibuk dengan keje masing2.X sangka, bukan semua benda free orang suka kan? Maybe ada juga yang takut hendak tahu yang diorang sebenarnya mempunyai masalah pendengaran....hmmmm. semalam dan hari ni, aku baru saja dapat 5 sample, agak sedikit tapi permulaan yg bagus. sueda..berusahalah...(^^)

p/s: mungkin aku patut tampal lebih banyak poster.

Isnin, Oktober 22, 2007

JUMPA DIA..hehe..

aku berharap sepenuh hati pagi tadi, untuk jumpa "dia".x sangka telah dimakbulkan Tuhan...Alhamdulillah. Terjumpa dalam lift plak tu, walaupun x bertegur sapa, at least berada disebelah dia selama 10 saat dah cukup ..hahah. Cuma senyum saja..kira ok la tu kan???..hehe..

p/s: alamak , esok duty kat hosp, x bleh la jumpa dia...alahhhhhhh...(~~)

Rabu, Oktober 10, 2007

SALAM LEBARAN

Salam hari raya buat semua umat Islam di dunia ini . Malangnya bukan semua umat Islam sendiri yang faham matlamat dan maksud Hari Raya....maka muhasabah lah diri kita supaya lebih diberkati dan diredhai oleh Nya...

Dikemeriahan Aidilfitri ini, teringin rasanya nak jumpa 'the guy' before balik kampung esok. lagipun hari ini, hari last aku keje. Esok dah cuti...x sabarnye nak balik. Tudung2 yang aku beli untuk nieces yg kecik2 tu, tiap2 hari aku belek..hehhe..kueh raya plak..rasa mcm nk makan je...
tapi yg sedikit sadis ialah, aku x ada kasut raya tahun ni..mlas rasanyer nak membazir...lagipun sekarang ni aku dah kurang pakai kasut2 tinggi ni n yg paling penting aku ni sakit kaki mana bleh pakai..heheheh...pakai je la kasut pg keje aku yg sempoi ni.

P/s : Dimanakah dikau wahai pujaan...hehheh(^^)

Selasa, Oktober 09, 2007

HARI INI...

Today...kaki masih sakit lagi, bengkaknyer belum surut..nampaknyer aku akan beraya dengan kaki bengkak la....sedihnyer...Bila dah dekat dengan Raya ni, buat kerja pun cam malas2 jek....rasa mcm x best plak..sejak semalam sampai hari ni, entahlah kenapa , asyik terfikir pasal 'org yang dah hilang' tu...pelik2. berkali2 memberitahu diri supaya bertahan...menghadapi kenyataan hidup yang maha menyakitkan ni...daripada ingat dia baik ingat pada org yang baru je aku jatuh cinta tu....(betul ke?)...tapi bila memikirkan yang org tu, mungkin lansung x kenal n x tahu nama aku rasa lagi sadis plak...ye la siapa la aku ni pada mata dia agaknyer....huuuuuuuuu(~~)



p/s: tiba2 terasa penat menyukai orang...

Isnin, Oktober 08, 2007

DOAKU.....

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Bagaimana Menyayangi Seseorang


  • Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  • Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  • Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
  • Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  • Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
  • Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
  • Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  • BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  • Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
  • Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

DAN AKHIRNYA AKU JATUH CINTA (sekali lagi)

klu housemate aku mahupun kawan2 aku baca ni, aku tahu korang mesti x percaya, paling2 pun korang mesti cakap, "alah, sueda tiap2 minggu pun jatuh cinta"...aku akui kenyataan tu, ye lah aku ni selalu main2. Tapi kali ni rasanya lain la...aku pun x tahu macam mana, entahlah..sukar nak dicerita. Perasaan yang dah lama x terasa ni...huhu. betul ke ? aku, Nurul Hidayah aka Sueda dah jatuh cinta lagi...semua ni bagaikan kabur saje... CINTA..betul ke kembali bertamu di hati aku. payah...susah..sukar..jerih.... Ssedikit sebanyak, lelaki ini sebenarnye menyerupai 'dia yang telah hilang'....wajarkah aku mencari persamaan dalam 2 lelaki yang berbeza ini...wajar ke??...sekali lagi, aku menjadi keliru. ...

ADUSS....sakit kaki

agaknye inilah dugaan untuk aku waktu bulan puasa ni...tapi yg pastinyer aku mmg jarang kekal sihat walafiat ni..huhhhhhh....3 minggu lepas jatuh n sakit belakang, lebih kurang 2 bulan lepas terlanggar microscope Zeiss yg besar giler tu, akibatnyer dahi aku bengkak 2 minggu...n yg terbaru semalam...jatuh tangga plak...aduhhhh...sakit giler. tadi pegi jumpa makcik esah, suruh dia urut kaki, segan jugak tapi nak buat mcm mana dah sakit sgt..sekarang pun masih belum baik...kesannyer nak buat keje pun terbantut dah la x boleh nak jalan sesuka hati nak solat pun punyalah seksa..Tuhan je lah yg tahu...Seingat aku, sejak dari kecik lagi, aku memg suka jatuh2 ni, masa sekolah dulu, dah jadi mcm rutin, masuk Uitm, rutin diteruskan sampai kawan2 pun ejek aku suka jatuh...then bila dapat keje kat UIA...second day kat cni, aku jatuh lagi....huuu malu giler ngan kaka syafa n kak june masa tu tapi nak buat macm mana..(mcm terkena curse pun ada)...nak dijadikan cerita, lepas tu aku dah x jatuh2 lagi dah...syukur lah...dah lebih setahun dah...n Ramadhan ni, tiba2 jatuh2 balik plak...kadang aku terpikir..aku ada buat dosa apa2 ke, sebab tu la Tuhan nak tunjuk.......hehhehe....