Minggu ini agak bosan. Aku tak mampu menghabiskan apa sahaja yang aku baca pada minggu ni. Malah tak dapat berfikir dengan betul. Tapi syukurlah, akhirnya puppet untuk subjek Creative Therapy esok, sudah aku siapkan. Tinggal nak baca notes untuk test esok sahaja. Petang ni, terkocoh-kocoh aku ke library kononnya nak cari buku Creative Therapy tapi satu pun aku tak jumpa. Alih2 aku pinjam buku Metodologi Penyelidikan. Mungkin ada gunanya sebab satu lagi test bakal menyusul hari selasa ini. Bukan sebarang test sebab subjek ini Research Methodology diajar oleh Dr Zuridah, satu-satunya lecturer yang buat darah aku gemuruh setiap kali lecture. Mungkin ini adalah keistimewaan dia, ataupun lebih tepat kelemahan aku. Aku memang tak boleh berdepan dengan orang yang garang. Sangat takut. tapi dari sudut lain, Dr Zuridah ini tak garang pun, baik ada la. Cuma aku tak biasa lagi agaknya. Setiap kali tiba waktu aku jawab soalan, mesti lidah aku kelu dan tak boleh nak cakap apa-apa. Keadaan yang sungguh teruk. kadang-kadang rasa nak pengsan pun ada jugak. Nak marah pun ada juga sebab jawapannya aku tahu tapi tak boleh nak diluahkan bila tengok muka Dr Zu. Apa nak jadi dengan aku ni. Aku harap soalan test dia tak susah sangat.
Tengahari tadi, tepat pukul 1..aku dapat sms dari Kak Rad, senior MLT waktu kerja kat UIA dulu. Dia cakap ada citer hot kat UIA Kuantan sekarang. Tapi yang tak bestnya dia tak nak cerita pulak. Dia cakap lagi, kalau aku nak tahu aku kena turun kuantan. Aku pun tak tahu la bila nak pergi, tapi sememangnya dah ada dalam perancangan, sebab aku rindu betul kat kuantan. Alang-alang pergi, boleh ala kau tahu sekali cerita hot tu kan. Bulan Mac ni mungkin sesuai. Tengok keadaan la. Dan yang paling penting niat lama aku untuk menyusur di sungai Pahang sambil tengok kunang-kunang akan tercapai juga akhirnya....ooopss...sibuk-sibuk menulis ni aku terlupa, aku belum siram pokok bunga lagi hari ni...huhhu..bye...

1 ulasan:
malam dinda SUEDA, jadikan hari-hari dinda senang gembira maka dunia akan ikut senang dan gembira, jika ada rasa takut jangan lah terlalu takut dan jika berani jangan lah terlalu berani, jagalah keseimbangan maka hati ini akan selalu damai.
salam hangat
Endro.S
http://kliksumberuang.blogspot.com/
Catat Ulasan