Baru saja habis menulis sajak terbaru dan mengeposnya ke Esastera. Malam ni rasa macam tak nak buat apa-apa tapi malangnya esok kuliah bakal bermula seawal 8 pagi. Kelas ganti Lab technique pukul 8 hingga 9.30 dan kelas mandarin 10-30-12.30. Notes belum baca, mandarin pun belum hafal tapi mata hampir dah nak terkatup ni. Buku Laa Tahzan pun belum habis baca lagi. Sejak akhir-akhir susah sikit nak mencari masa untuk duduk santai-santai dan baca buku yang aku nak baca. Asyik-asyik baca notes and buat assignment. Lecturer sem ni suka sangat bagi assignment. Lebih-lebih lagi Sir Tengku, memang hobi dia agaknya. Tak pe lah nak buat macam mana dah tugas aku sebagai student kan. Ini kan jalan yang aku pilih sendiri = jadi student sekali lagi. Tadi saje je buka laman web klinik Audiologi UIAM. Sebab dah lama tak buka. Tapi sayang tak ada apa-apa update. Mungkin semua orang busy kot, ye lah dulu pun aku jarang juga update website tu, cuma bila betul-betul ada masa je. Mungkin patient dah makin bertambah sekarang, jadi tak ada orang nak yang nak handle...tapi sebenarnya kan..I miss them.
p/s: mungkin ada orang nak tahu pasal klinik ni, so layari www.audiology-iium.net
p/s: mungkin ada orang nak tahu pasal klinik ni, so layari www.audiology-iium.net
2 ulasan:
Salam;
Wah, bosan ek nak study, biasalah kalau dah bergelar student namenye.. semua orang pon pernah melalui saat2 ni, termasuklah aku gak.. mane x muak, dari umur 5 tahun kita tahun di zaman pra-sekolah / tadika sampailah umur cecah 24 tahun.. x de mende lain, study je kan..
Tapi alhamdulillah aku tamat study masa aku berumur 23 tahun, kemudian aku menempuh zaman pekerjaan.. sejujurnya, di zaman pekerjaan ni lagi membosankan tapi ianya manis bila kita menerima imbuhan (gaji) selepas kita bsersusah payah.. kalau study?, imbuhannya hanyalah sekeping result sahaja..
Tapi jangan x caya, result tu lah yang akan mencorak masa depan kita nanti.. di zaman bekerja nanti kita akan sentiasa mengingati zaman2 kita bergelar student, kawan2 dan pengalaman kita.. di zaman kerja ni semuanya terbatas, dari segi masa dan komitmen dengan rakan2.. jadi baik hargainya skrang, huhu..
Sebab aku dah bosan bekerja, akhirnya masa umur aku 25 tahun aku sambung balik study di OUM walaupun pjj je.. sambil bekerja aku study, tapi moment2 zaman study dulu2 dengan kawan2 tu x de la dirasai, tapi dari segi kepuasan tu dapat dirasai sebab kali ni aku belajar dengan lebih tekan untuk menghargai ilmu.. selepas setahun setengah, akhirnya aku berjaya juga sudahkan program tu..
Betapa seriknye aku rasa, bila di waktu siang aku terpaksa bekerja dan di waktu malam aku bentelaah buku.. dihujung minggu orang lain berehat tapi aku pergi ke U untuk menghadiri kuliah, sangat perit dan diwawktu tu lah aku teringat zaman remaja ak dulu.. ada masa terluang aku hanya tau honeymoon je, ambik la bayaran cash dari hasil honeymoon aku dulu.. huhu.. kalau lah aku rajin belajar dan dapatkan sponser untuk study dulu, x de lah aku perlu bekerja dan belajar..
Panjang gile aku bercerita, huhu.. tapi sesekali kongsi cerita x de hal kan, semoga terus berjaya dan sukses dalam bidang akademik..
wahhh...memang panjang komen ni. Sueda agak, mesti awang tengah mood baik ni..betul x ?..tapi betul juga kan..masa kerja dengan waktu study memang lain. Ye lah..sueda pun memang ada pengalaman kerja, walaupun sekejap. Tapi 1 tahun setengah, banyak juga sueda belajar tentang keperitan hidup ni. Time gaji memang seronok..enjoy tak ingat dunia...akhir bulan lain ceritanya. seperti kata en awang tadi, hargailah sekarang kan?...bak kata orang putih..seize the moment..(^^)
Catat Ulasan