Zorro yang cute...heheh
Rabu, Oktober 29, 2008
Sabtu, Oktober 25, 2008
KASUT PENGUBAT HATI
Study week dah bermula, maka lengang la fakulti. Ramai yang dah balik kmpung termasuk lah housemate aku. So, aku pun ikut je la jejak langkah diorang, cuma aku tak balik Terengganu...balik umah abang kat bangi dan beranang dah kira OK la. Mmmm...sebenarnya aku patutnya ke Melaka hari ni, pg rumah kak june, dia kan nak bertunang. Tapi ada hal lain pula, tak jadi lah. Nak buat macam mana, namun aku tetap doakn majlis kak june berjalan lancar. Aku siap buat pantun berkait untuk dia, begini bunyinya :
PANTUN BERTUNANG
Indah melati dipuji orang
biarpun cantik dipetik jangan
kini menjadi tunangan orang
diri dijaga bergaduh jangan
Biarpun cantik dipetik jangan
harumnya bagai bau kasturi
jagalah diri bergaduh jangan
moga selamat menjadi isteri
Indah melati dipuji orang
biarpun cantik dipetik jangan
kini menjadi tunangan orang
diri dijaga bergaduh jangan
Biarpun cantik dipetik jangan
harumnya bagai bau kasturi
jagalah diri bergaduh jangan
moga selamat menjadi isteri
Cantik tak adalah penting sangat cuma kasut ni memang fit dengan kaki ku . Aku memang suka wedges macam ni. Tapi, jangkaan aku meleset jugak, apa taknya walaupun dah beli kasut ni, dia tak mengubat hati aku pun. Semalam, aku tak dapt tidur pun, asyik fikir pasal final practical tu, rasa tension sangat. Rasanya pukul 3 baru dapat tidur. Pening sampai sekarang.
p/s : malasnya nak naik komuter.....
p/s : malasnya nak naik komuter.....
Jumaat, Oktober 24, 2008
HABIS LA AKU.....
p/s: Gambar kat atas sekadar hiasan, gambar fakulti dari depan dan juga bas yang baru FSK (fakulti sains kesihatan) dapat...kesian kan, dah berpuluh2 tahun, baru dapat 1 bas...huhu.
Sabtu, Oktober 11, 2008
PENATNYER...
p/s: balik ni nak terus tido....
Jumaat, Oktober 10, 2008
KASUT OREN CINDERELLA
p/s : Hari ni pergi kelas n kerja pakai kasut ni...(^^)
Khamis, Oktober 09, 2008
REUNION SMAASZA






Selasa, Oktober 07, 2008
RAYA DAH HABIS..
Kata orang raya tu sebulan, tapi bagi aku Hari Raya Aidilfitri cuma lah sehari. Macam2 perkara pulak berlaku lepas hari raya ni. Nak sakit hati tak boleh sebab salah sendiri, nak salahkan sesiapa lagi tak boleh...aduh. Nak dijadikan cerita, aku tertinggal jam di rumah abang kat Beranang. So pakai la jam satu lagi, yang kak june bagi hari jadi aku yang lepas. Buat balik kampung la. Alih-alih kat rumah, anak-anak sedara ku yang tersayang hilangkan pulak. So sekarang, tak ada jam lansung. Tak pasal-pasal kena beli jam baru. Sibuk-sibuk cari jam hari ahad lepas , rupa-rupanya aku terlupa barang yang lagi penting. Cuba teka apa?...tak lain tak bukan charger laptop aku.. Hahhaa..nampaknya aku kena redha je lah.Tak pe lah, esok lusa sampai la charger aku tu dari kampung, dah minta tolong kakak poskan. Hari ni penat betul, buat assignment untuk cytology belum siap. Pukul 3 tadi pegi LHDN pulah, matikan setem untuk JPA scholarship tu. Aku ingatkan LHDN tu ada la dekat2 sini rupanya kat Kelana Jaya. So, aku bantai la ambil teksi ke sana. Melayang RM 9. Mahal jugak yek..macam dekat jek. Balik aku naik bas je dan LRT je. Jimat sikit. Ye la zaman ekonomi meleset macam ni baik berjimat cermat, apatah lagi student macam aku ni. Ok lah nak balik rumah la...penatnyer....(@@)
Langgan:
Catatan (Atom)