Jumaat, Oktober 24, 2008
HABIS LA AKU.....
ARRRRRGHHHHHH.....habis la aku... entah la nak cakap macam mana. Tapi hidup ni, makin hari makin menakutkan. Semalam, aku ada 2 practical final, dan dua2 aku rasa aku buat dengan teruknya. Rasa takut sangat. Lagipun course aku ni lebih mementingkan practical daripada teori. Fail practical maksudnya fail the subject. Rasa bimbang sangat, lagipun aku tak pernah lagi fail mana2 subject. Kalau tak boleh nak score 2 subject ni, matilah aku. Habislah pointer jatuh.... dari semalam sampai hari ni, aku belum sentuh nasi lagi. Tak ada selera dibuatnya. Makin kurus la aku. Apa2 pun sekurang-kurangnya, ada juga berita gembira semalam. Kak June kesayangan aku nak bertunang....aku turut gembira untuk dia. Hari ni, walaupun tension belum habis, aku kena siapkan assignment information system pulak...cepat lah semester berakhir..aku dah tak larat nak fikir. Hmmm...petang ni kena pergi kerja lagi. Aku dah buat keputusan nak berhenti kerja hari ni..tapi sebenarnya tak sampai hati pun, macam mana ni......huaaaaaaaaa.
p/s: Gambar kat atas sekadar hiasan, gambar fakulti dari depan dan juga bas yang baru FSK (fakulti sains kesihatan) dapat...kesian kan, dah berpuluh2 tahun, baru dapat 1 bas...huhu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan