Khamis, Oktober 09, 2008

REUNION SMAASZA

Walaupun dalam gambar aku dok belakang sekali, aku cukup berbangga ada kat sini, ye la dah 8 tahun kami berpisah, tak sangka akan jumpa balik. Ramai yang dah kerja, tapi ada jugak yg still belajar...huhu. naib baik ada geng. Rindu pada diorang akhirnyer terubat jugak..

Reunion ni dibuat pada hari raya ke empat so masih dalam mood raya, sume orang pakai baju raya. Kami berkumpul kat lagun Kuala Ibai, dekat belakang masjid Terapung Terengganu. Tempatnya cantik malah ada pelbagai kenangan kami kat situ.
gambar ni saje jer...hehhe...teringin jugak posing ala2 model ni...
Dari kiri, Mardiah, aku, Siti dan Da


Seronok jumpa balik setelah sekian lama..

pergi raya kat rumah cikgu kami, Cikgu Ismail Tawang (cikgu IT)...walaupun kami pggl dia cikgu IT, dia sebenarnya tak ajar IT pon. IT ti singkatan untuk nama penuh dia. Dia sebnarnya cikgu matematik...cikgu favourite sume orang.

Itupun cikgu dan isteri kat tengah-tengah. cikgu cakap dia tak ingat aku, tapi aku tak kisah. Yang paling penting bukannye dia ingat aku atau tak, tapi aku yang patut ingat dia sampai bila-bila.
Yang paling seronok jumpa kawan-kawan lama ni, ialah dengar citer diorang. Ada yang dah nak kahwin, ada yang dah bertunang, dan ada pula yang suruh aku carikan pakwe. hahaha...kelakar betul, aku pun masih single mingle ni, mcm mana nak carikan untuk orang.

Aku tiada dalam gambar ni...huhu.
Ini geng2 boys yang datang. Pergi reunion, terjumpa pula pakwe lama...hhhahahahha..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..

ni pelajar smaasza tahun bila ni?

sueda berkata...

salam...

kami ni pelajar smaasza PMR 2000..

++SueTiey++ berkata...

huhuh..ak grab pic ni la ritu...copyrite kah?hehehe...

sueda berkata...

mana ada copyrite...bukan dari kamera aku pon ni...aku pun amek owang punya...hahhahahaha

~mY JoUrNeY~ berkata...

salam..oowhh..bekas smaasza ek..???follow awak yep...