Ahad, Mac 29, 2009

NORUN's WEDDING

-ceria bersama pengantin-
Menjelang usia 24 tahun ni, semakin banyak majlis perkahwinan yang aku perlu hadiri, dah memang fitrah kan. Melihat orang bahagia semestinya membuatkan anda juga teringin berasa bahagia seperti mana mereka. Ini adalah majlis perkahwinan kawan aku Norunaluwar dan husband tercinta Hasbullah. Semoga berbahagia selama-lamanya.

Actually, Naluwar ni classmate masa Diploma dulu, tapi sekarang dia dah keje kat HUKM. Husband dia pun keje kat situ juga. Dia ni orang kampung aku, tapi sebab jadual kelas yang terlalu padat, aku x sempat nak balik hadiri majlis dia. So, majlis yang kami pergi ni ialah majlis bagi pihak lelaki kat Banting. Pertama kali pergi Banting, tak sangka sangat jauh. Kami konvoi 3 kereta je.


Apa-apa pun tahniah buat mempelai, semoga giliran aku akan menyusul suatu hari nanti....huuhuhu
p/s: aku sangat suka gambar kahwin diorang...cantik http://www.nizalmannizaruddin.blogspot.com


Sabtu, Mac 28, 2009

DAN SEBENARNYA

Dan sebenarnya.....aku asyik dengar lagu Yuna yang bertajuk "dan sebenarnya" sampai nak muntah-muntah. Lagu yang sama diulang-ulang tanpa memikirkan perasaan orang lain, aku tahu kak ina nak naik menyampah dan bosan.Kesian dia...huhu. Hari ni rasa sungguh malas, padahal aku ada banyak lagi assignment ni. Sempat juga guang-guang (jalan-jalan ) di Jalan TAR, kononnya nak beli baju untuk dinner. Mula-mula aku jumpa sehelai baju warna putih, cantik. Tapi fikir-fikir balik, kalau pakai pergi dinner tak ke nampak macam pengantin pula..huhu. So, aku batalkan je la niat suci tanpa was was tu. Jalan punya jalan, aku nampak satu kedai bertulis Lesung kalau tak silap. Kedai tu bergantungan perkataan SALE, so aku tahu inilah kedai yang sesuai untuk aku. Wahhhh...itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila tengok baju kat kedai tu, lepas tu tak payah cakap lah, aku asyik cakap wahhh saje , sampai June yang menjadi pengikut setia aku hari ni bosan (rupanya aku suka buat orang bosan , baru perasan hari ni). Setelah membuat imbasan secara lansung, aku memilih sehelai kebaya berwarna hijau. Kedai ni menjual baju-baju kebaya stail Indonesia, cantik juga tapi jarang giler la. Of course aku boleh pakai inner kan. Berbalik pada baju hijau tadi, memang cantik, sebab kerawangnya berwarna merah. Aku pun apalagi cuba lah baju tu, tanpa segan silu. lagipun kedai tu macam tak ada bilik mencuba pun. Aku pakai je la kan. Tak sangka pula, ramai yang memandang sambil berkata-kata:

Puan 1: Eh ..cantik pulak nampak adik ni pakai...
Pekedai: Ye..baju ni memang cantik...padan-padan dengan dia
Puan 1: ha'ah la
Aku (dalam hati): erl..kenapa tak cakap je aku yang cantik ...(sambil tersenyum)
pekedai: Meh sini saya tolong pakaikan
Aku (dalam hati): Wahhh..baiknyer. Ni la first time pergi kedai, ada org tolong pakaikan baju
Puan 2: Adik cuba pakai kain ni pulak
Aku (dalam hati): Erk...suka hati dia jek...ingat aku ni patung ke...ingat aku ni model ke?

model?...wahh ini lah point pentingnya yang ingin diceritakan, rupa-rupanya aku mempunyai kredibiliti untuk menjadi model....hahahhahahaha...bangganyer

P/s: tinggi 160cm jek...ada hati pulak nak jadi model..huhu

Jumaat, Mac 20, 2009

PATHOGENIC VIRUS VS COMPUTER VIRUS

hmmmm....apakah perbezaan kedua-duanya?....yang penting persamaannya adalah kedua-duanya berbahaya dan menyusahkan manusia. Aku lansung tak berniat untuk menerangkan tentang virus flu, retrovirus mahupun virus hepatitis, apalagi HIV. Sebabnya ialah aku tengah geraam , geram yang amat sgt kerana laptop aku baru jek kiok sbb sejenis virus ni. Apa nama dia ntah..comel..cute.. aku dah lupa. Sakitnye hati, laptop kena format balik, banyak juga la files yang hilang. Sabar..sabar. Nak dijadikan cerita, malam laptop tu broke down, esoknya pulak aku kena hantar proposal. huiiiihhhh..tensen. Esoknya aku siapkan juga proposal aku tu dalam masa 3 jam, tapi of course la semuanya rubbish. Nasib baik kelas research methodology tu pukul 11 pagi. Aku masuk kelas dengan muka yang blur jek, semua orang pun pelik. Pastu dalam kekalutan fikiran aku tu, tiba-tiba pulak Dr Zu suruh aku buat satu problem statement, cuba anda bayangkan apa perasaan aku pada waktu tu. Aku pun cuba juga la jawab soalan dia walaupun aku tak dapat berfikir dengan baik pun. Bila dengar jawapan aku, bengang la dia. Memang tak menjawab soalan lansung, aku sengih je la kat kawan2, malu beb. Siap Dr Zu cakap nak potong markah test aku sbb dalam test bleh jawab pula.Tapi aku tahu, dia memain jek tu. Bila semua orang hantar proposal ke depan, aku senyap je. Semua tanya " eh...ko tak hantar ke"... aku buat muka kelat je lah. Dr Zu dah keluar dari kelas, cepat2 aku kejar dia. Aku terangkan semuanya dengan muka pucat, dan suara tersekat-sekat..masa tu betul2 rasa macam bukan diri-sendiri, ye la sepanjang hidup aku tak pernah pon tak hantar assignment sepenting tu tak tepat pada masa. Aku tahu, Dr Zu kesian kat aku, dia cakap " no need to be rush, take your time but dont tell the others". wahhh...aku rasa mcm nak melompat2 masa tu, baiknya Dr Zu ni. Rasa takut aku pada dia tiba-tiba berkurang. Aku sayang dia...hahahha..
Hari ni, Manchoy dah siap format balik laptop aku. Semuanya dah settle. Tapi proposal tu belum hantar la. Journal yang aku cari bersusah payah, 3 hari 2 malam pun hilang...ye la sape suruh aku save kat desktop kan. Manchoy pulak tak nak terima apa-apa upah..rasa bersalah pula aku..huhu.. Apa-apa pun , aku kena siapkan semuanya by this monday...God give me courage please....

Khamis, Mac 12, 2009

MARI MENDERMA....



Mari menderma, tapi bukan derma duit tau. Derma darah... 2 hari lepas persatuan aku MELTECH mengajurkan kempen menderma darah di fakulti. Dah memang tugas kami buat semua ni kan. Orang-orang dari Pusat Darah Negara dijemput untuk menjalankan tugas. Aku tak terlibat pun secara lansung tapi menyokong dari belakang. Ramai jugak yang datang menderma, baik hati diorang. Ada juga yang nak menderma tapi tak dapat. Antaranya , tak cukup Hb ( hemoglobin dalam darah), tak cukup berat , baru bertindik dan macam-macam lagi. Tapi takpe lain kali boleh cuba lagi. Aku? tak derma pun, tak layak....hahhaha(^^)

Isnin, Mac 09, 2009

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH


Makam Rasulullah


Salam Maulidur Rasul 143o Hijrah buat semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga di hari kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad ini, mengingatkan kita pengorbanan-pengorbanan yang telah dilakukan Baginda dan semoga kita semua diberi syafaat olehnya diakhirat nanti. InsyaAllah. Oleh itu sama-samalah kita berselawat dan mengingati baginda. Malah, kita sebagai umat Islam seharusnya mendekatkan diri kepada Rasulullah, dengan mengetahui Sirah baginda dan menjalankan sunnah-sunnah yang telah diwariskan.


p/s: Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia , walaupun ada yang nampak pincang namun tahun ini pembaharuan yang dibuat iaitu pemberian anugerah kepada tokoh-tokoh yang berkelayakan patut diberi sokongan.

Ahad, Mac 08, 2009

SELAMAT HARI WANITA


selamat hari wanita kepada semua yang bergelar wanita di Malaysia. Tapi bukan kepada yang cuba2 nak jadi wanita yea...(^^)

Sabtu, Mac 07, 2009

PAGI YANG GELAP DISINAR TERANG



Hari ini hari yang indah, sesuai untuk membasuh kain. Pelajar macam aku ni, nak pakai mesin basuh pun tak mampu, basuh pakai tangan pun jadilah. Kak Ina dan Noria dah balik kampung. Ayu pun dah nak balik malam ni, tinggallah aku sorang-sorang nampaknya. Bukannya tak nak balik, tapi balik 3 hari jer, penat pun tak sempat habis. Baik aku stay kat sini, buat assignment. Abang-abang aku dah bising sebab semester ni belum pergi rumah diorang lagi, jadi esok mungkin pergi jenguk mereka jap. Seperti biasa aku malas nak naik komuter, tapi nak buat macam mana tak ada pilihan. Semalam, aku habiskan petang aku menonton anime Midori Days (Midori No Hibi) kat youtube. Dah lama tak tengok cerita tu, seronok dan comel betul. Cerita ni dah lama, tapi tengok berulang-ulang pun tak kisah la sebab best. Sebenarnya cerita ni mengingatkan aku dengan diri sendiri. Dalam cerita ni, Midori watak utama sangat sukakan Seiji. Mereka ni masih sekolah lagi tapi kat sekolah lain-lain. Setiap hari Midori akan menunggu Seiji di stesen tren dan berusaha untuk meluahkan perasaan pada Seiji, tapi tak berjaya kerana setiap kali berdekatan Seiji, lidah dia jadi kelu. Midori jadi sungguh depress. Seiji pula seorang gagah perkasa dan ditakuti semua orang. Dia teringin nak ada awek tapi semua awek yang di suka takut pada dia. Satu hari, Seiji bangun daripada tidur dan mendapati tangan kanannya dah berubah jadi seorang awek cute berambut hijau, tak lain tak bukan Midori. Bermula hari itu, mereka lalui banyak masa bersama. Bagi Midori ia adalah satu mimpi yang indah. Seronok kan?..memang seronok.

p/s: Tiba2 rasa nak tukar title blog ni jadi Sueda No Hibi...(^^)

Rabu, Mac 04, 2009

CINTA INI MEMBUNUHKU

Sejak akhir-akhir ini , aku sering tertanya-tanya kepada diri sendiri satu soalan yang membunuh.. " betul ke, aku nak jadi saintis?". Dan persoalan ini, mula menimbulkan banyak soalan-soalan sub. Setelah 2 hari menganalisa, akhirnya aku cuba membuat beberapa kesimpulan:

1) Perasaan ini timbul kerana aku merasa 'nature of work' yang akan aku lalui nanti terlalu suram yakni hanya berada didalam lab dan kurang bergaul.

2) Aku sebenarnya suka berinteraksi dengan orang dan memberi konsultasi

3) Aku teringin bekerja dalam bidang Health ini, tapi lebih ingin menjadi pihak yang menghalang (prevent) berbanding pihak yang menganalisa penyakit (diagnose)

4) Ini adalah kesan daripada pendedahan pekerjaan sebelum aku sambung belajar

5) AKU DAH BERUBAH.

perubahan sememangnya perkara biasa dalam hidup ini. Kita sebagai manusia sentiasa perlu bersedia untuk berubah. Namun bila perubahan itu terlalu besar, pastinya memerlukan pengorbanan yang besar juga kan? Pemikiran berubah, perlakuan berubah, citarasa berubah dan fizikal juga boleh berubah. Sangat menakutkan( secara negatif) tapi sebenarnya bagus (secara positif) kerana perubahan boleh meningkatkan diri sebenarnya. Tapi, sanggupkah aku berubah?

Hari ini juga , aku lakukan perubahan kecil. Daripada asyik menulis sajak, sekarang aku cuba pula menulis pantun. harap-harap dapat sambutan yang mengalakkan.

p/s: cinta aku pada MLT dah pudar ke?

Selasa, Mac 03, 2009

PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh
yangdemikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidaikuasaidengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu lekadengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujurdan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannyadenga cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namunada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gusmemperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semuaperkarakitaboleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamuperlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Isnin, Mac 02, 2009

JENIS -JENIS DARAH

sel darah merah


Jenis darah juga dikenali sebagai kumpulan darah (blood group) ialah pengkelasan darah mengikut kehadiran/ketidakhadiran antigen yang diperolehi secara genetic daripada keturunan. Antigen ini berada di permukaan setiap sel darah merah. Antigen ini mungkin tediri daripada protein, karbohidrat, glycoprotein atau glycolipids bergantung kepada sistem kumpulan darah tersebut. kumpulan darah di perolehi daripada keturunan bergantung kepada darah kedua ibu-bapa kita. Mungkin ramai yang tidak tahu, ibu mengandung boleh mempunyai anak di dalam kandungan yang mempunyai darah yang berlainan dengannya. Ini memungkinkan kehadiran antibodi oleh ibu terhadap antigen anak. Dalam keadaan yang tertentu, ia boleh membahayakan nyawa anak itu.

ABO blood system adalah kumpulan darah yang terpenting. Ia terdiri daripada A, B, AB dan O.






Blood group A

jika kamu berdarah A, kamu mempunyai antigen A di permukaan Sel darah merah dan antibodi B dalam plasma.




Blood group B

Jika kamu berdarah B, kamu mempunyai antigen B diatas permukaan sel darah merah dan antibodi A didalam plasma.




Blood group AB


jika kamu berdarah AB. Kamu mempunyai kedua-dua jenis antigen A dan antigen B di atas permukaan sel darah merah. Jadi tiada antibodi A mahupun B didalam plasma




Blood group 0
Jika kamu berdarah O, kamu tidak mempunyai mana-mana antigen di atas permukaan sel darah merah. Tapi mempunyai kedua-dua antibodi A dan B didalam plasma.