Sabtu, Mac 07, 2009

PAGI YANG GELAP DISINAR TERANG



Hari ini hari yang indah, sesuai untuk membasuh kain. Pelajar macam aku ni, nak pakai mesin basuh pun tak mampu, basuh pakai tangan pun jadilah. Kak Ina dan Noria dah balik kampung. Ayu pun dah nak balik malam ni, tinggallah aku sorang-sorang nampaknya. Bukannya tak nak balik, tapi balik 3 hari jer, penat pun tak sempat habis. Baik aku stay kat sini, buat assignment. Abang-abang aku dah bising sebab semester ni belum pergi rumah diorang lagi, jadi esok mungkin pergi jenguk mereka jap. Seperti biasa aku malas nak naik komuter, tapi nak buat macam mana tak ada pilihan. Semalam, aku habiskan petang aku menonton anime Midori Days (Midori No Hibi) kat youtube. Dah lama tak tengok cerita tu, seronok dan comel betul. Cerita ni dah lama, tapi tengok berulang-ulang pun tak kisah la sebab best. Sebenarnya cerita ni mengingatkan aku dengan diri sendiri. Dalam cerita ni, Midori watak utama sangat sukakan Seiji. Mereka ni masih sekolah lagi tapi kat sekolah lain-lain. Setiap hari Midori akan menunggu Seiji di stesen tren dan berusaha untuk meluahkan perasaan pada Seiji, tapi tak berjaya kerana setiap kali berdekatan Seiji, lidah dia jadi kelu. Midori jadi sungguh depress. Seiji pula seorang gagah perkasa dan ditakuti semua orang. Dia teringin nak ada awek tapi semua awek yang di suka takut pada dia. Satu hari, Seiji bangun daripada tidur dan mendapati tangan kanannya dah berubah jadi seorang awek cute berambut hijau, tak lain tak bukan Midori. Bermula hari itu, mereka lalui banyak masa bersama. Bagi Midori ia adalah satu mimpi yang indah. Seronok kan?..memang seronok.

p/s: Tiba2 rasa nak tukar title blog ni jadi Sueda No Hibi...(^^)

Tiada ulasan: