Sabtu, Mac 28, 2009

DAN SEBENARNYA

Dan sebenarnya.....aku asyik dengar lagu Yuna yang bertajuk "dan sebenarnya" sampai nak muntah-muntah. Lagu yang sama diulang-ulang tanpa memikirkan perasaan orang lain, aku tahu kak ina nak naik menyampah dan bosan.Kesian dia...huhu. Hari ni rasa sungguh malas, padahal aku ada banyak lagi assignment ni. Sempat juga guang-guang (jalan-jalan ) di Jalan TAR, kononnya nak beli baju untuk dinner. Mula-mula aku jumpa sehelai baju warna putih, cantik. Tapi fikir-fikir balik, kalau pakai pergi dinner tak ke nampak macam pengantin pula..huhu. So, aku batalkan je la niat suci tanpa was was tu. Jalan punya jalan, aku nampak satu kedai bertulis Lesung kalau tak silap. Kedai tu bergantungan perkataan SALE, so aku tahu inilah kedai yang sesuai untuk aku. Wahhhh...itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila tengok baju kat kedai tu, lepas tu tak payah cakap lah, aku asyik cakap wahhh saje , sampai June yang menjadi pengikut setia aku hari ni bosan (rupanya aku suka buat orang bosan , baru perasan hari ni). Setelah membuat imbasan secara lansung, aku memilih sehelai kebaya berwarna hijau. Kedai ni menjual baju-baju kebaya stail Indonesia, cantik juga tapi jarang giler la. Of course aku boleh pakai inner kan. Berbalik pada baju hijau tadi, memang cantik, sebab kerawangnya berwarna merah. Aku pun apalagi cuba lah baju tu, tanpa segan silu. lagipun kedai tu macam tak ada bilik mencuba pun. Aku pakai je la kan. Tak sangka pula, ramai yang memandang sambil berkata-kata:

Puan 1: Eh ..cantik pulak nampak adik ni pakai...
Pekedai: Ye..baju ni memang cantik...padan-padan dengan dia
Puan 1: ha'ah la
Aku (dalam hati): erl..kenapa tak cakap je aku yang cantik ...(sambil tersenyum)
pekedai: Meh sini saya tolong pakaikan
Aku (dalam hati): Wahhh..baiknyer. Ni la first time pergi kedai, ada org tolong pakaikan baju
Puan 2: Adik cuba pakai kain ni pulak
Aku (dalam hati): Erk...suka hati dia jek...ingat aku ni patung ke...ingat aku ni model ke?

model?...wahh ini lah point pentingnya yang ingin diceritakan, rupa-rupanya aku mempunyai kredibiliti untuk menjadi model....hahahhahahaha...bangganyer

P/s: tinggi 160cm jek...ada hati pulak nak jadi model..huhu

6 ulasan:

Eazy Izzuddin berkata...

ok le 2 klu jd model...
=P
xD

sueda berkata...

inilah kali pertama terasa bangga dikelilingi orang...huhu(^^)

didi-masyitah berkata...

dan sebenarnya...
kaksueda mmg cantek...
anda blh jd model daa..
kak ekinku..
;)

sueda berkata...

dan sebenarnya...
didi la adik paling baik di dunia ini...sebab puji kak sueda..hahahha

didi-masyitah berkata...

sy mmg adik yg baik woo..
masuk bakul angkat sdiri daa..
hehehe ;)
piaoliang jiejie...
hidupku semakin hura hara
mengenangkan prac hema..
dush...X_x

sueda berkata...

dont worry you will be ok...i will always support u dear...(^^)