Aidil adha kali ini pastinya tidak meriah seperti biasa buat aku. Ye la, ayah dah ke Mekah. Ingat nak raya kat rumah tapi akhirnya tak jadi, sebab semua abang dan kakak raya kat rumah mertua masing-masing. Alih-alih aku raya kat rumah kakak kat Kuala Terengganu. Nak buat macam mana ni la nasib adik bongsu. Tapi, ini bukan kali pertama aku tak raya kat rumah. Masuk yang ni dah kali ketiga. First time dulu, Mak dan Ayah aku raya kat Miri sebab niece aku sakit dan kali kedua raya kat Penang sebab tak ada tiket nak balik...hhuhu. Apa-apapun aidil adha tetap disambut, dan sup tulang tetap di masak....heheh
p/s: tadi makan sup gearbox, sedapnyer.
Selasa, Disember 09, 2008
Khamis, November 20, 2008
LAWATAN KE HTAR
Ini ialah cell blok, yang diperbuat daripada tisu daripada organ atau bahagian manusia (selepas pembedahan). Organ tersebut dipotong dan di embed dalam paraffin wax. Ini adalah lab histology.
CUTI BERMULA
exam dah habis...jadi cuti pun bermula. Tension headache aku pun dah beransur sembuh. huhhh (mengeluh). Sebelum paper yang last tu, aku balik jugak kampung sebab nak hantar ayah pg airport. Ye la, semua orang pergi, tak kan la aku sorang je yang tak pergi kan?..x best pulak nanti. So pergi jugak, dan balik KL hari yang sama. Pening kepala. Aku naik flight pukul 8.30 pagi dari KT, 50 minit sampai KL. Lepas tu naik bas terus ke KL central. Sampai rumah dah pukul 11.00 pagi. Nasib baik exam pukul 2. Tapi pening tu x payah nak cakap la, aku bukannyer tak tahu aku ni mabuk udara. Dulu pun macam ni jugak, cuma bezanyer masa tu tak ada exam nak ambek. Lain kali aku x nak dah buat macam ni. Sudahnyer aku jawab paper Chempath hari tu macam orang mabuk , siap bawak minyak yuyi cap limau lagi. Invigilator tu nengok pelik je kat aku..dah la duduk paling depan. Tapi lepas je habis paper, aku rasa lega betul. Akhirnya semester 5 berakhir sudah. Tinggal 3 semester lagi. 2008 pun dah nak berakhir, 2009 bakal menjelma. Aku pun dah makin tua...huhu. Belum balik kampung lagi ni, nak balik rumah pun ayah aku tak bagi. Ye la, tak ada orang kat rumah. Lagipun sekarang ni bahaya, macam-macm boleh jadi. Nampaknyer, aku akan rotate jer la semua rumah abang dan kakak aku. Seronok jugak tu, macam santa claus pulak rasanyer...hehe
p/s: Dekat airport terjumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ingat nak tegur tapi segan pula...kalau aku ni lelaki, mesti dah pergi dah.
p/s: Dekat airport terjumpa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ingat nak tegur tapi segan pula...kalau aku ni lelaki, mesti dah pergi dah.
Ahad, November 02, 2008
FINAL EXAM KINI KEMBALI
Final exam....perkataan yg memeningkan. Banyaknya buku nak dibaca. Alangkah baiknya kalau otak ku geliga. Tapi bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun result aku selama ni baik-baik aje. Tak sabar rasanya, nak tunggu 15 haribulan hari terakhir paper aku. Semester ini ada 8 subjek, tapi 7 saja yang ada exam. 30/10 hari dah selesai satu paper, jadi tinggal 6 lagi. Banyak tu...huhu.
Musim haji pun dah tiba, Alhamdulillah ayah aku dapat pergi haji tahun ni. Tapi yang sedikit syahdunya dia bertolak 15 hb walhal aku ada paper hari tu. Sakitnya hati aku. Dah la tu dia naik dari airport Terengganu. So terpaksa la aku balik awal sikit untuk jumpa dia. Hmmmm...boleh la suruh ayah doakan aku supaya dapat 4 flat....hehhe...(^^)
Rabu, Oktober 29, 2008
Sabtu, Oktober 25, 2008
KASUT PENGUBAT HATI
Study week dah bermula, maka lengang la fakulti. Ramai yang dah balik kmpung termasuk lah housemate aku. So, aku pun ikut je la jejak langkah diorang, cuma aku tak balik Terengganu...balik umah abang kat bangi dan beranang dah kira OK la. Mmmm...sebenarnya aku patutnya ke Melaka hari ni, pg rumah kak june, dia kan nak bertunang. Tapi ada hal lain pula, tak jadi lah. Nak buat macam mana, namun aku tetap doakn majlis kak june berjalan lancar. Aku siap buat pantun berkait untuk dia, begini bunyinya :
PANTUN BERTUNANG
Indah melati dipuji orang
biarpun cantik dipetik jangan
kini menjadi tunangan orang
diri dijaga bergaduh jangan
Biarpun cantik dipetik jangan
harumnya bagai bau kasturi
jagalah diri bergaduh jangan
moga selamat menjadi isteri
Indah melati dipuji orang
biarpun cantik dipetik jangan
kini menjadi tunangan orang
diri dijaga bergaduh jangan
Biarpun cantik dipetik jangan
harumnya bagai bau kasturi
jagalah diri bergaduh jangan
moga selamat menjadi isteri
Cantik tak adalah penting sangat cuma kasut ni memang fit dengan kaki ku . Aku memang suka wedges macam ni. Tapi, jangkaan aku meleset jugak, apa taknya walaupun dah beli kasut ni, dia tak mengubat hati aku pun. Semalam, aku tak dapt tidur pun, asyik fikir pasal final practical tu, rasa tension sangat. Rasanya pukul 3 baru dapat tidur. Pening sampai sekarang.
p/s : malasnya nak naik komuter.....
p/s : malasnya nak naik komuter.....
Jumaat, Oktober 24, 2008
HABIS LA AKU.....
p/s: Gambar kat atas sekadar hiasan, gambar fakulti dari depan dan juga bas yang baru FSK (fakulti sains kesihatan) dapat...kesian kan, dah berpuluh2 tahun, baru dapat 1 bas...huhu.
Sabtu, Oktober 11, 2008
PENATNYER...
p/s: balik ni nak terus tido....
Jumaat, Oktober 10, 2008
KASUT OREN CINDERELLA
p/s : Hari ni pergi kelas n kerja pakai kasut ni...(^^)
Khamis, Oktober 09, 2008
REUNION SMAASZA






Langgan:
Catatan (Atom)