Sejak akhir-akhir ini , aku sering tertanya-tanya kepada diri sendiri satu soalan yang membunuh.. " betul ke, aku nak jadi saintis?". Dan persoalan ini, mula menimbulkan banyak soalan-soalan sub. Setelah 2 hari menganalisa, akhirnya aku cuba membuat beberapa kesimpulan:
1) Perasaan ini timbul kerana aku merasa 'nature of work' yang akan aku lalui nanti terlalu suram yakni hanya berada didalam lab dan kurang bergaul.
2) Aku sebenarnya suka berinteraksi dengan orang dan memberi konsultasi
3) Aku teringin bekerja dalam bidang Health ini, tapi lebih ingin menjadi pihak yang menghalang (prevent) berbanding pihak yang menganalisa penyakit (diagnose)
4) Ini adalah kesan daripada pendedahan pekerjaan sebelum aku sambung belajar
5) AKU DAH BERUBAH.
perubahan sememangnya perkara biasa dalam hidup ini. Kita sebagai manusia sentiasa perlu bersedia untuk berubah. Namun bila perubahan itu terlalu besar, pastinya memerlukan pengorbanan yang besar juga kan? Pemikiran berubah, perlakuan berubah, citarasa berubah dan fizikal juga boleh berubah. Sangat menakutkan( secara negatif) tapi sebenarnya bagus (secara positif) kerana perubahan boleh meningkatkan diri sebenarnya. Tapi, sanggupkah aku berubah?
Hari ini juga , aku lakukan perubahan kecil. Daripada asyik menulis sajak, sekarang aku cuba pula menulis pantun. harap-harap dapat sambutan yang mengalakkan.
p/s: cinta aku pada MLT dah pudar ke?
Hari ini juga , aku lakukan perubahan kecil. Daripada asyik menulis sajak, sekarang aku cuba pula menulis pantun. harap-harap dapat sambutan yang mengalakkan.
p/s: cinta aku pada MLT dah pudar ke?
5 ulasan:
kalau dah takdir sue di lahirkan sebagai seorang saintis, why not..prevention is better than cure. Sue dpt membantu org..
but it seems that, I have lost my passions.
yg penting kita suka dengan apa yg kita lakukan.. dan kita memag mempunyai kepakaran utk melakukan nya.. biar di mana kita berada dan apa yg kita lakukan..
semuga berjaya..
dear sueda,
be a professional,
we think u can make it.
appreciate dat u still come to my blog.
terima kasih atas sokongan anda semua....sueda pun masih berfikir ni. Kawan2 pun ada cakap, mungkin sueda jadi macam ni sebab stress sangat, banyak sangat kerja. Nanti bila semua dah habis, I'll be back to normal... I think I need to be more rational..
Catat Ulasan