Jumaat, Mac 20, 2009

PATHOGENIC VIRUS VS COMPUTER VIRUS

hmmmm....apakah perbezaan kedua-duanya?....yang penting persamaannya adalah kedua-duanya berbahaya dan menyusahkan manusia. Aku lansung tak berniat untuk menerangkan tentang virus flu, retrovirus mahupun virus hepatitis, apalagi HIV. Sebabnya ialah aku tengah geraam , geram yang amat sgt kerana laptop aku baru jek kiok sbb sejenis virus ni. Apa nama dia ntah..comel..cute.. aku dah lupa. Sakitnye hati, laptop kena format balik, banyak juga la files yang hilang. Sabar..sabar. Nak dijadikan cerita, malam laptop tu broke down, esoknya pulak aku kena hantar proposal. huiiiihhhh..tensen. Esoknya aku siapkan juga proposal aku tu dalam masa 3 jam, tapi of course la semuanya rubbish. Nasib baik kelas research methodology tu pukul 11 pagi. Aku masuk kelas dengan muka yang blur jek, semua orang pun pelik. Pastu dalam kekalutan fikiran aku tu, tiba-tiba pulak Dr Zu suruh aku buat satu problem statement, cuba anda bayangkan apa perasaan aku pada waktu tu. Aku pun cuba juga la jawab soalan dia walaupun aku tak dapat berfikir dengan baik pun. Bila dengar jawapan aku, bengang la dia. Memang tak menjawab soalan lansung, aku sengih je la kat kawan2, malu beb. Siap Dr Zu cakap nak potong markah test aku sbb dalam test bleh jawab pula.Tapi aku tahu, dia memain jek tu. Bila semua orang hantar proposal ke depan, aku senyap je. Semua tanya " eh...ko tak hantar ke"... aku buat muka kelat je lah. Dr Zu dah keluar dari kelas, cepat2 aku kejar dia. Aku terangkan semuanya dengan muka pucat, dan suara tersekat-sekat..masa tu betul2 rasa macam bukan diri-sendiri, ye la sepanjang hidup aku tak pernah pon tak hantar assignment sepenting tu tak tepat pada masa. Aku tahu, Dr Zu kesian kat aku, dia cakap " no need to be rush, take your time but dont tell the others". wahhh...aku rasa mcm nak melompat2 masa tu, baiknya Dr Zu ni. Rasa takut aku pada dia tiba-tiba berkurang. Aku sayang dia...hahahha..
Hari ni, Manchoy dah siap format balik laptop aku. Semuanya dah settle. Tapi proposal tu belum hantar la. Journal yang aku cari bersusah payah, 3 hari 2 malam pun hilang...ye la sape suruh aku save kat desktop kan. Manchoy pulak tak nak terima apa-apa upah..rasa bersalah pula aku..huhu.. Apa-apa pun , aku kena siapkan semuanya by this monday...God give me courage please....

6 ulasan:

Didi berkata...

jiayou2!!!!
kak ekin leh pnya...
;)

Blog Eazy Izzuddin berkata...

huhu,,
go2!
anda bole siap..
=)

Tanpa Nama berkata...

bini dr zu baca tak blog nih.. ping dan backlink kat ke blog bini dr zu.

kembang kempis idong dr zu sebab ada student sayang hehehehe

Bulan Heedaya berkata...

didi..
anda memang baek. Didi x rasa tensen ke sem ni?

eazy..
thanks atas sokongan yang membina..erkkk..betul ke ayat ni..

admin..
mmm...Dr Zu tu pompuan , so dia tak ada bini..huhuhu..

Didi berkata...

kak ekin ku..,
hihi..sy d puji daa..
kembang rasa hati..
hihihi..
tension..jgn ckpla..
tu pasal la slalu
gi ke fav place..
"AMCORP THERAPY"
hehe ;)
mari bersama2 menggembirakan
diri yg xbpe nk gembira..;)

Bulan Heedaya berkata...

asek..asek..pg amcorp.. asek..asek pg amcorp..huhhu memang la peminat setia amcorp...huhu