Khamis, September 11, 2008

JALAN-JALAN DI KUALA TERENGGANU

Ini gambar-gambar kami aku, Mc da dan Salbi berjalan-jalan kat KT sebelum puasa hari. Sebab tu la ada gambar makanan. Sebenarnya, ini adalah aktiviti tahunan, dan sememangnya kami cuma berjumpa 1-2 kali saja setahun. Ye la masing-masing sibuk. Aktiviti berjalan-jalan ni kononnya untuk mengimbas kembali kenangan kami dizaman persekolahan...hehhe. Gambar ni tak cantik sebab diambil tanpa kerelaan seratus peratus.

Apakata aku perkenalkan dulu, ini Salbiah Zakaria kawan aku sejak Tingkatan 1 lagi. Kami sekelas waktu tingkatan 2 dan 3 dekat SMAASZA ( Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin). Dia ni bakal guru. Baru je konvo bulan lepas. Sekarang tgh tunggu posting. Kami panggil dia Salbi, kadang-kadang Sally..hehhe

Ini pula Mc Da, atau nama IC dia, Raja Nur Adani Raja Aris. Dia pun sama ngan Salbi, aku kenal sejak tingkatan 1 lagi, cuma bezanya aku tak pernah sekelas dengan dia. Tapi aku ngan dia selalu balik rumah sama-sama sejak tingkatan satu lagi, sebab kami sama2 tinggal di Dungun. Dia ni bakal Doktor tau. Grad tahun depan.



keropok lekor Terengganu, sedap ni. Kami makan Di gerai aneka pilihan, bersebelahan dengan stesen bas MPKT. Dulu, masa zaman sekolah kami datang tiap2 minggu ke sini untuk minum ABC ( Air Batu Campur) macam kat bawah ni....hmmm...sedapnyer.



Untuk melengkapkan aktiviti riadah santai kami ni, kami ambil keputusan untuk naik bas kayu yang cute ni. Ini adalah Bas pelancongan Negeri Terengganu. Ada beberapa perjalanan, contohnya Pantai Batu Buruk dan Muzium Negeri. Akhirnya kami naik bas menuju ke Muzium. Muzium ni terletak di Losong. Losong juga popular dengan keropok lekor yang sedap.

di belakang ialah Stesen Bas MPKT.

masa ni tengah boring-boring tunggu bas.

Akhirnya bas sampai, nasib baik ada tempat duduk. yang kami tak sangka, rupa-rupanya naik bas ni free saja.

Bas ni memang cantik , penuh dengan ukiran. Di dinding ada lukisan batik dan gambar permadangan sekitar Terengganu. Atapnya pula dihiasi dengan kain corak batik dan songket.


Ini adalah masjid Kristal, di pulau Wan Man.


Antara replika Masjid yang ada di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.


Muzium Negeri Terengganu

lepas berpenat-penat akhirnya kami turun di Shah Bandar dan pergi ke Pasar Kedai Payang, buat apa lagi kalau tak menyantap makanan favourite kami yang wajib dinikamati setiap tahun. Bihun Sup yang sedap. Kedai ni terletak ditingkat dua Pasar Kedai Payang. Kami rekemenkan gerai no 14.

Inilah Mihun Sup tu......oooo...

dan sebagai penutup, wajah aku yang sungguh penat ni...hehheh(^^).


p/s: Rindu kat diorang...huhu

SUKMA KE 12


Sukma ke 12, TERENGGANU 2008

Salbi dengan NEMO
Cute kan?

Nami, Salbi dan aku


kami dan Fakri

Antara barang-barang yang dijual di booth

Salbi mencuba tengkolok....poyo habes

aku

salbi

berdua lebih baik..

antara penyokong yang hadir

yang baju kuning tu penyokong dai Kedah


Silat

Dah lama sebenarnya nak upload gambar ni, tapi tak ada masa. GAmbar ni diambil masa pergi tengok Sukma ngan Salbi kat Kuala Terengganu. Waktu ni cuti semester. Apa yang paling bangga ialah, Terengganu dinobatkan Juara SUKMA ke 12 2008...(^^)

KAK FIEZA's WEDDING

Pengantin sedang santap



hantaran

bagaikan pinang dibelah 2

Maryam Aqlima, my niece..

aku..sebagai tetamu.

LAB KAMI YANG MERIAH


Glove pink yang cute...


Rasanya sepanjang belajar ni, kami semua tak pernah tahu nak duduk diam kalau dalam lab...kecoh all the time. Puasa ke, tak puasa, sama saja. Semester ni, cuma ada 2 subjek yang perlu masuk lab iaitu, Chemical Pathology dan Cytology. Chempath ni ok, cuma paling tak suka bila Lecturer suruh ambil sample diri sendiri. Kalau darah, tak la lisah sangat tapi in urine. Segan la. Biasanya aku mesti mengelak, hehe...macam-macam alasan aku beri. Biar la orang lain yang bagi...lain la kalau dapat upah....mata duitan jugak aku ni yek..hehe.

Didie, Didie and I

Sheda and I



Bergembira dalam Lab Chempath..(^^)

AKU SAYANG JPA..(^^)


membanjiri Kompleks Sukan UiTM Shah Alam


HEHE...phrasa yang sungguh menggelikan hati. Memang aku sayang JPA sebab akhirnya doa aku untuk dapat Biasiswa JPA dah termakbul. Alhamdulillah. Jadi hari selasa lepas, aku pergi UiTM induk (Shah Alam) untuk ambil surat tawaran. Punya la penat hari tu, bukannya penat yang letih tapi penat menunggu nama setiap oarng dipanggil. Nama aku cepat juga dipanggil , jadi tak adalah terseksa sangat. Ramai juga yang dapat, lebih kurang 1ooo lebih macam tu . Kata Cik Norliza, pegawai JPA yang cantik tu, yang memohon untuk tahun ini ada 30,000 orang. Setelah disaring, hanya 15,000 yang layak. malangnya tempat yang dibuka cuma 7000 lebih sahaja. Ini adalah rezeki jugak la, syukur pada Tuhan.

ini junior sem 3, Zaleha dan Farhana...walaupun boring yang melampau senyum tetap diberi..

Mukarramah yang tak nak di ambil gambar
aku dan Farhana..(^^)

ZAI TUSHUGUAN ( Di perpustakaan)



HAri puasa macam ni, hari terasa kosong kalau tak buat aktiviti. Hari ni kelas tak penuh, jadi aku lepak la kat tempat kegemaran aku, kat mana lagi kalau x kat library. Aku dah jadi ahli Perpustakaan Komuniti PJ ni, walaupun tak datang hari-hari tapi bila berada disini hati rasa lebih tenang. PTAR (library UiTM) pun best juga cuma kadang-kadang ramai sangat manusia sampai pening kepala, ye la kampus Jalan Othman tu kecik jer, PTAR pun kecik la.



Ini la rupa dekat dalam perpustakaan ni, biasanya aku duduk kat tingkat 3 di bahagian palingy belakang. Rasa macam ada privacy sikit. Bayaran untuk jadi ahli kat sini cuma RM31 setahun. Tak de la mahal pun, kalau kita memang selalu datang. yang menariknya, kita bukan saja boleh pinjam buku, malah boleh pinjam VCD/DVD. Hari pun, sebelum balik ingat nak pinjam 2 lagi CD. Minggu lepas dah pinjam Shakespeare In Love dan Introduction to Yoga. RM31 memang berbaloi. Hmmm..oleh kerana hari sabtu ni ada reunion , aku ingat nak kerja la petang ni, so hari sabtu tak payah keje. Nanti nak call bos la..huhu. Sekarang, nak pegi solat dulu la, dah 1.30 pm.

p/s: Petang ni nak berbuka apa ehh...Ooopss..x baiknya..awal-awal dah fikir nak berbuka.

HARI NI TAK SEMPAT SAHUR

Kesian betul aku, tak terbangun sahur plak hari ni. Sedih, dah siap masak nasi tau. X pe la, tu la namanya tak ada rezeki. Nak buat mcm mana kan. Esok , kami semua akan pergi Hospital HTAR (kelang) untuk clinical observation. Seronok plak rasanya, sebab dah lama sangat tak pergi mana-mana hospital. Rindu nak tengok lab. Lusa pulak, ada reunion sekolah, MRSM Qber (Kuala Berang). Yang tu lagi la seronok tahap cipan ...hehheh. Nak jumpa kawan-kawan lama. Boleh la pau diorang, ye la diorang ramai yang dah kerja. Aku jer yang dok tak abeh2 belajar ni. Agak-agaknya ada tak yang ingat aku ye, takut pula nak pergi. takut orang x kenal, malu la kalau macam tu. Huhu. Harap-harap Mr Fuad tak ada. Rasanya dia tak balik. Malas aku nak tengok muka dia...(kejamnya aku)...ahhh x kisah la, dia yang lagi kejam sebenarnya...


P/S: Alamak...baju belum basuh lagi.....huhu.

PJ OLD TOWN DE HUIJIAOTANG


Ini lah gambar masjid Pj Old town yang baru tu. Cantikkan kubahnya. sebenarnya gambar ni pun jumpa kat internet, ye la aku pergi masjid bukannya bawa handphone pun.
Pakcik-pakcik sedang solat...(^^)

Jumaat, September 05, 2008

RAMADHAN

Rasanya ini entri yang pertama sejak Ramadahan, jadual hidupku sedikit sebanyak berubah. Tapi aku msh lagi bekerja. Malah, bos sejak awal2 lagi sudah berpesan " sueda , jangan lupa datang minggu depan"...haha..dia tu sungguh bimbang. sebenarnya aku kurang sihat sejak beberrapa hari yang lalu...batuk belum kebah juga.. ye la nak makan ubat disiang hari pun tak boleh...awal minggu ni x ada yang menarik sangat, cuma hari Selasa ada presentation sketsa mandarin, terbelit-belit lidah aku. Aduss. Tapi akhirnya berakhir juga. Aku bawa 4 watak dalam satu sketsa, agak memberansangkan kan? malah dengan bangga nya aku memperkenalkan diri pada waktu tu, " Wo shi yisheng, shouhuoyuan, xiaofan he Sueda". Nampaknya kau dah boleh berlakon teater lepas ni. HAri Sabtu dan Ahad suasana merdeka terasa juga walaupun aku tak kemana-mana, sekadar melihat nyanyian kanak-kanak tadika di Amcorp Mall. Itupun bukan lah secara sengaja, aku melihatnya dalam perjalanan ke Creative Cottage. hari ni ada test Health Psikology, alhamdulillah boleh jawab walaupun ada yang aku dah tahu, dah salah. Ye lah, semalam pun baca sambil lewa saja. X tahu kenapa, kepala macam tak boleh terima saja. macam ni la kalau tak sihat. Aku teringin pergi ke Library PJ, tapi bulan puasa macam ni rasa macam penat pula nak jalan kaki, lagipun aku ada 2 CD yang belum dipulangkan ni. Nanti kena denda pulak. Bercakap pasal Ramadhan pula, kami semua solat tarawikh di masjid yang baru. Cantik betul kubahnya berwarna kuning dan ada berdinding kaca (sebahagiannya)...at least tak adalah penduduk sekitar kawasan melayu ini perlu bersesak di Masjid Mahkamah Syariah tu lagi . Masjid tu dibina kononnya hampir 2 tahun. Sekarang pun belum sepenuhnya siap.