Khamis, September 11, 2008

ZAI TUSHUGUAN ( Di perpustakaan)



HAri puasa macam ni, hari terasa kosong kalau tak buat aktiviti. Hari ni kelas tak penuh, jadi aku lepak la kat tempat kegemaran aku, kat mana lagi kalau x kat library. Aku dah jadi ahli Perpustakaan Komuniti PJ ni, walaupun tak datang hari-hari tapi bila berada disini hati rasa lebih tenang. PTAR (library UiTM) pun best juga cuma kadang-kadang ramai sangat manusia sampai pening kepala, ye la kampus Jalan Othman tu kecik jer, PTAR pun kecik la.



Ini la rupa dekat dalam perpustakaan ni, biasanya aku duduk kat tingkat 3 di bahagian palingy belakang. Rasa macam ada privacy sikit. Bayaran untuk jadi ahli kat sini cuma RM31 setahun. Tak de la mahal pun, kalau kita memang selalu datang. yang menariknya, kita bukan saja boleh pinjam buku, malah boleh pinjam VCD/DVD. Hari pun, sebelum balik ingat nak pinjam 2 lagi CD. Minggu lepas dah pinjam Shakespeare In Love dan Introduction to Yoga. RM31 memang berbaloi. Hmmm..oleh kerana hari sabtu ni ada reunion , aku ingat nak kerja la petang ni, so hari sabtu tak payah keje. Nanti nak call bos la..huhu. Sekarang, nak pegi solat dulu la, dah 1.30 pm.

p/s: Petang ni nak berbuka apa ehh...Ooopss..x baiknya..awal-awal dah fikir nak berbuka.

Tiada ulasan: