Khamis, September 11, 2008

JALAN-JALAN DI KUALA TERENGGANU

Ini gambar-gambar kami aku, Mc da dan Salbi berjalan-jalan kat KT sebelum puasa hari. Sebab tu la ada gambar makanan. Sebenarnya, ini adalah aktiviti tahunan, dan sememangnya kami cuma berjumpa 1-2 kali saja setahun. Ye la masing-masing sibuk. Aktiviti berjalan-jalan ni kononnya untuk mengimbas kembali kenangan kami dizaman persekolahan...hehhe. Gambar ni tak cantik sebab diambil tanpa kerelaan seratus peratus.

Apakata aku perkenalkan dulu, ini Salbiah Zakaria kawan aku sejak Tingkatan 1 lagi. Kami sekelas waktu tingkatan 2 dan 3 dekat SMAASZA ( Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin). Dia ni bakal guru. Baru je konvo bulan lepas. Sekarang tgh tunggu posting. Kami panggil dia Salbi, kadang-kadang Sally..hehhe

Ini pula Mc Da, atau nama IC dia, Raja Nur Adani Raja Aris. Dia pun sama ngan Salbi, aku kenal sejak tingkatan 1 lagi, cuma bezanya aku tak pernah sekelas dengan dia. Tapi aku ngan dia selalu balik rumah sama-sama sejak tingkatan satu lagi, sebab kami sama2 tinggal di Dungun. Dia ni bakal Doktor tau. Grad tahun depan.



keropok lekor Terengganu, sedap ni. Kami makan Di gerai aneka pilihan, bersebelahan dengan stesen bas MPKT. Dulu, masa zaman sekolah kami datang tiap2 minggu ke sini untuk minum ABC ( Air Batu Campur) macam kat bawah ni....hmmm...sedapnyer.



Untuk melengkapkan aktiviti riadah santai kami ni, kami ambil keputusan untuk naik bas kayu yang cute ni. Ini adalah Bas pelancongan Negeri Terengganu. Ada beberapa perjalanan, contohnya Pantai Batu Buruk dan Muzium Negeri. Akhirnya kami naik bas menuju ke Muzium. Muzium ni terletak di Losong. Losong juga popular dengan keropok lekor yang sedap.

di belakang ialah Stesen Bas MPKT.

masa ni tengah boring-boring tunggu bas.

Akhirnya bas sampai, nasib baik ada tempat duduk. yang kami tak sangka, rupa-rupanya naik bas ni free saja.

Bas ni memang cantik , penuh dengan ukiran. Di dinding ada lukisan batik dan gambar permadangan sekitar Terengganu. Atapnya pula dihiasi dengan kain corak batik dan songket.


Ini adalah masjid Kristal, di pulau Wan Man.


Antara replika Masjid yang ada di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.


Muzium Negeri Terengganu

lepas berpenat-penat akhirnya kami turun di Shah Bandar dan pergi ke Pasar Kedai Payang, buat apa lagi kalau tak menyantap makanan favourite kami yang wajib dinikamati setiap tahun. Bihun Sup yang sedap. Kedai ni terletak ditingkat dua Pasar Kedai Payang. Kami rekemenkan gerai no 14.

Inilah Mihun Sup tu......oooo...

dan sebagai penutup, wajah aku yang sungguh penat ni...hehheh(^^).


p/s: Rindu kat diorang...huhu

Tiada ulasan: