Jumaat, September 05, 2008

RAMADHAN

Rasanya ini entri yang pertama sejak Ramadahan, jadual hidupku sedikit sebanyak berubah. Tapi aku msh lagi bekerja. Malah, bos sejak awal2 lagi sudah berpesan " sueda , jangan lupa datang minggu depan"...haha..dia tu sungguh bimbang. sebenarnya aku kurang sihat sejak beberrapa hari yang lalu...batuk belum kebah juga.. ye la nak makan ubat disiang hari pun tak boleh...awal minggu ni x ada yang menarik sangat, cuma hari Selasa ada presentation sketsa mandarin, terbelit-belit lidah aku. Aduss. Tapi akhirnya berakhir juga. Aku bawa 4 watak dalam satu sketsa, agak memberansangkan kan? malah dengan bangga nya aku memperkenalkan diri pada waktu tu, " Wo shi yisheng, shouhuoyuan, xiaofan he Sueda". Nampaknya kau dah boleh berlakon teater lepas ni. HAri Sabtu dan Ahad suasana merdeka terasa juga walaupun aku tak kemana-mana, sekadar melihat nyanyian kanak-kanak tadika di Amcorp Mall. Itupun bukan lah secara sengaja, aku melihatnya dalam perjalanan ke Creative Cottage. hari ni ada test Health Psikology, alhamdulillah boleh jawab walaupun ada yang aku dah tahu, dah salah. Ye lah, semalam pun baca sambil lewa saja. X tahu kenapa, kepala macam tak boleh terima saja. macam ni la kalau tak sihat. Aku teringin pergi ke Library PJ, tapi bulan puasa macam ni rasa macam penat pula nak jalan kaki, lagipun aku ada 2 CD yang belum dipulangkan ni. Nanti kena denda pulak. Bercakap pasal Ramadhan pula, kami semua solat tarawikh di masjid yang baru. Cantik betul kubahnya berwarna kuning dan ada berdinding kaca (sebahagiannya)...at least tak adalah penduduk sekitar kawasan melayu ini perlu bersesak di Masjid Mahkamah Syariah tu lagi . Masjid tu dibina kononnya hampir 2 tahun. Sekarang pun belum sepenuhnya siap.

Tiada ulasan: