Jumaat, September 26, 2008

HARI RAYA PUN TIBA


Akhirnya dah 26 hari kita semua berpuasa. Puasa kali ini rasa lebih tenang berbanding tahun sebelumnya. Mungkin kerana aku sudah cukup dewasa untuk mengenali dan mengetahui erti puasa yang sebenarnya. Tinggal 4 hari hari raya pun tiba. Petang ini aku balik ke Beranang dulu, rumah abang. Tunggu kakak aku balik dari sandakan. Flight dia petang esok. Nampak gayanyer petang ahad baru lah aku bertolak balik ke Terengganu. Tiket untuk balik sini, aku baru jer suruh nephew aku beli. Harap2 ada lagi. Bukannya tak nak bbeli awal, tapi sebelum ini aku cadang nak balik dengan abang aku je, tapi rupa-rupanya dia nak balik hari sabtu , hari raya keempat. Aku pula, tak boleh balik hari sabtu sebab ada reunion SMAASZA dan kebetulan pulak kawan aku Umi Nazifah kahwin hari tu. Tak sedap hati rasanya kalau tak ke majlis dia, sebab dia antara kawan yang baik ngan aku sejak Form 2 lagi. Lagipun, seronok jugak boleh pg reunion kan.


P/s: Nak beli kueh apa yer....(^^)

Khamis, September 25, 2008

KAK SYAFA's WEDDING



Ini gambar majlis bertandang kak syafa kat Kuantan hari tu. Semoga Kak Syafa dan Abang Azwan berbahagia hingga ke akhir hayat...(^^)

kami yang berkunjung, K.Tasha, Sueda dan Surie...

-REUNION QBER-

Pada 13 Ramadhan yg lalu, aku pergi majlis reunion Qber buat pertama kali. Seronok jugak tengok kawan2 lama ni. Walaupun ramai yang tak kenal aku. Aku tak kesah sangat sebab , aku ni masa sekolah dulu memang tak glamer. So, bila ada yang tanya aku ni siapa, aku just cakap nama aku dan kelas dulu. Tapi sayang2 nya kawan-kawan sekelas dan yang rapat tak ramai yang datang, jadi aku sedikit terkontang- kanting la. Tapi overallnya memang seronok. Kami berbuka puasa dekat Pizza. Sengaja pilih Maju Junction Mall tu sebb tak ramai orang. Bising dan gamatnya keadaan, tak payah nak cerita la...sampai customer lain pun macam dah menyampah dengan kami...hehhe. Asyik ambil gambar je dan bercakap sampai sakit tekak. Kelas aku Dynamic cuma ada beberapa orang, aku, Shuha, Hida, Dayah, Zul dan Akmal. Ramai antara mereka dah kerja, beberapa orang sedang buat Master, dan yang lain tu..macam aku la..still belajar...huhu. kat bawah ni gambar-gambar kenangan kami.
Ini gambar paling mahal, semua ada. Aku kat bawah sekali pakai baju pink.

yang datang cuma 40 orang je, tapi gamat..(^^)


ini konon-konon, budak-budak UiTM Shah alam..heheh

Kami , budak-budak Dynamic

seronok jumpa balik..

Hida sorang je yang dah keje


cutenyer 2 orang nih...hahah

Ishhh...apa peluk2 ni..

Tiba-tiba mata aku bersinar pulak...aduss...

Dari atas..

Acara bayar-membayar..

Menunggu waktu berbuka...

Ini meja kami..alah shuha tertutup mata plak...hehh

Gambar tak jadi..

Berangan jadi model..

Si teruna..


Si dara

kami semua..

Khamis, September 11, 2008

JALAN-JALAN DI KUALA TERENGGANU

Ini gambar-gambar kami aku, Mc da dan Salbi berjalan-jalan kat KT sebelum puasa hari. Sebab tu la ada gambar makanan. Sebenarnya, ini adalah aktiviti tahunan, dan sememangnya kami cuma berjumpa 1-2 kali saja setahun. Ye la masing-masing sibuk. Aktiviti berjalan-jalan ni kononnya untuk mengimbas kembali kenangan kami dizaman persekolahan...hehhe. Gambar ni tak cantik sebab diambil tanpa kerelaan seratus peratus.

Apakata aku perkenalkan dulu, ini Salbiah Zakaria kawan aku sejak Tingkatan 1 lagi. Kami sekelas waktu tingkatan 2 dan 3 dekat SMAASZA ( Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin). Dia ni bakal guru. Baru je konvo bulan lepas. Sekarang tgh tunggu posting. Kami panggil dia Salbi, kadang-kadang Sally..hehhe

Ini pula Mc Da, atau nama IC dia, Raja Nur Adani Raja Aris. Dia pun sama ngan Salbi, aku kenal sejak tingkatan 1 lagi, cuma bezanya aku tak pernah sekelas dengan dia. Tapi aku ngan dia selalu balik rumah sama-sama sejak tingkatan satu lagi, sebab kami sama2 tinggal di Dungun. Dia ni bakal Doktor tau. Grad tahun depan.



keropok lekor Terengganu, sedap ni. Kami makan Di gerai aneka pilihan, bersebelahan dengan stesen bas MPKT. Dulu, masa zaman sekolah kami datang tiap2 minggu ke sini untuk minum ABC ( Air Batu Campur) macam kat bawah ni....hmmm...sedapnyer.



Untuk melengkapkan aktiviti riadah santai kami ni, kami ambil keputusan untuk naik bas kayu yang cute ni. Ini adalah Bas pelancongan Negeri Terengganu. Ada beberapa perjalanan, contohnya Pantai Batu Buruk dan Muzium Negeri. Akhirnya kami naik bas menuju ke Muzium. Muzium ni terletak di Losong. Losong juga popular dengan keropok lekor yang sedap.

di belakang ialah Stesen Bas MPKT.

masa ni tengah boring-boring tunggu bas.

Akhirnya bas sampai, nasib baik ada tempat duduk. yang kami tak sangka, rupa-rupanya naik bas ni free saja.

Bas ni memang cantik , penuh dengan ukiran. Di dinding ada lukisan batik dan gambar permadangan sekitar Terengganu. Atapnya pula dihiasi dengan kain corak batik dan songket.


Ini adalah masjid Kristal, di pulau Wan Man.


Antara replika Masjid yang ada di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.


Muzium Negeri Terengganu

lepas berpenat-penat akhirnya kami turun di Shah Bandar dan pergi ke Pasar Kedai Payang, buat apa lagi kalau tak menyantap makanan favourite kami yang wajib dinikamati setiap tahun. Bihun Sup yang sedap. Kedai ni terletak ditingkat dua Pasar Kedai Payang. Kami rekemenkan gerai no 14.

Inilah Mihun Sup tu......oooo...

dan sebagai penutup, wajah aku yang sungguh penat ni...hehheh(^^).


p/s: Rindu kat diorang...huhu

SUKMA KE 12


Sukma ke 12, TERENGGANU 2008

Salbi dengan NEMO
Cute kan?

Nami, Salbi dan aku


kami dan Fakri

Antara barang-barang yang dijual di booth

Salbi mencuba tengkolok....poyo habes

aku

salbi

berdua lebih baik..

antara penyokong yang hadir

yang baju kuning tu penyokong dai Kedah


Silat

Dah lama sebenarnya nak upload gambar ni, tapi tak ada masa. GAmbar ni diambil masa pergi tengok Sukma ngan Salbi kat Kuala Terengganu. Waktu ni cuti semester. Apa yang paling bangga ialah, Terengganu dinobatkan Juara SUKMA ke 12 2008...(^^)