Khamis, Mei 28, 2009

DOT for this month : MY 24th BIRTHDAY


Tanggal 20 May yang lalu ialah hari laher sueda yang ke 104...ehh shilap..24 tahun. Muda ke? Tua ke?..(soalan yang masih menghantui sueda saat ini). Malah anak2 saudara sueda yang tersayang telah membuat propaganda meletakkan "HAPPY BIRTHDAY MOKSU" untuk membuatkan sueda terasa lebih tua..menyampah. Tapi cute jugaks. Huhu ....biasa diorang panggil sueda, sue jer. Teringat seorang staff kat Hospital Seberang Jaya dulu, Pak cik Osman. Dia suka panggil sueda Maksu. Maksu ke , Moksu ke , sue ke. sueda ke, Hidayah ke...yang penting itu semua orang yang sama iaitu aku yang sudah hampir berusia hampir separuh abad.

Kek yang tak kurang jelitanye ini ialah Blueberry Cheesecake, oleh kerana Dungun tak ada Secret Recipe, so cake ini dibeli di Hotel Seri Molek, UiTM Dungun Terengganu (cantik hotelnyer). Shedap giler...oppps Shedap sungguh (kakak sueda dah marah, sueda suka tambah 'giler' kat belakang ayat...sori yea kak..huhu).

Kenangan-kenangan waktu berpraktikal di Penang dulu mula menerjah minda sebab aku akan pergi berpraktikal lagi, tapi kali ni kat Melaka pulak. Sueda harap semua akan OK saja. Yang peliknya aku sikit pun tak berdebar2...huhu. Mungkin sebab dah terbiasa. Baju dah dikemas tapi tak siap2, sebab tak tahu nak bawa apa untuk sebulan. Nak bawa apa yea?...

baju kurung = 10 pasang
tudung = belum decide
blouse = 3 helai
T-shirt =4 helai
jean = 1 helai
suar hitam = 1 helai
suar track = 3 helai
towel and kain batik

hmmmmmmmmmm...apa lagi yea...aduss otak tak dpt berfikir.

Petang ni naek bas dari Pudu ke Melaka. Kawan sueda akan jemput disana...(^^)

DOT p/s: Dulu masa sekolah kat MRSM qber, sueda suka kat sorang budak Melaka. Tapi nampaknyer tak ada jodoh..huhu. So, tak dapat kawen ngan orang Melaka, praktikal kat Melaka pun jadi lah....hehhehehe (^^)

Tiada ulasan: